Lari masa puasa Pt 2

Dulu saya pernah lari di Taman Bukit Jalil seorang diri. I mean, really seorang diri. Masa tu lepas hujan lebat takde sapa nak pergi sana. Boleh baca sini. So sabtu lepas saya lari waktu pagi, kali ni bukan seorang diri, tapi ramai gila. Cuma saya seorang sahaja yang melayu. Ye lah, orang melayu lain puasakan.

11374649_459482477551810_1868555021_n

So saya lari dalam 4 KM dan berenti bila rasa macam dah letih. On the way nak pergi tempat parking kereta tu saya nampak sekumpulan amoi dan auntie dan ah soh buat senaman. Instructor kat tengah-tengah ada ajar cara gerakan dan rangkap nyanyian.

Yang saya ingat, depa nyanyi cong ceng cong ceng, Anjing Besar…. cong ceng cong ceng, Potong kayu…. cong ceng cong ceng, Bikin Rumah… cong ceng cong ceng, Balik Rumah….

Saya agak terhibur dengan rangkap nyanyian itu dan juga melihat kesungguhan mereka bersenam sambil menghafal lirik dan gerakan. Lalu, ia membuatkan saya terfikir. Betapa untung menjadi orang cina. Boleh cakap melayu, cina dan inggeris. Manakala kita, juga rakyat Malaysia, hanya bahasa melayu dan bahasa inggeris sahaja. Agak effort gila la kan kalau nak belajar bahasa cina.

Anyway, jangan ingat saya tak puasa pulak, sebab lepas sahur hari tu saya tak boleh tidur. So saya pergi lari. Lepas balik rumah mandi semua dalam pukul 10 pagi saya tidur dan saya sedar-sedar dah nak berbuka puasa. Terbaik gua bagi untuk diri gua.

Sewaktu azan, di telinga saya terdengar suara orang menyanyi. Buka Puasa, cong ceng cong ceng.



Kongsi di :