Lari masa puasa Pt 3

Saya semakin biasa lari masa puasa. Taklah teruk sangat. Petang kelmarin saya lari lagi. Kadang kala bila buat sesuatu yang orang lain jarang buat (lari bulan puasa) mengajar saya satu erti baru di mana, “halangan” cuma bayangan.

Mungkin puasa menyebabkan kita letih. Menyebabkan badan kita tidak ada tenaga. Menyebabkan kita malas nak bergerak lebih-lebih. Namun, puasa tidak melemahkan hati kita. Puasa sebaliknya, menguatkan hati kita.

Di kala orang lain berlari dengan tenaga yang banyak VS kita yang lari dengan tenaga yang sikit, dapat lari serentak dengan mereka sudah dikira satu kejayaan yang boleh dibanggakan.

Tapi saya tak bangga pun. Sebab saya berlari bukan nak compare dengan orang lain. Saya berlari nak kenal diri saya. Dan berlari sambil puasa, membuatkan saya kenal lagi diri saya, selapis dalam lagi.

11376196_100662140282189_1013143005_n

P/S Petang tu saya berbuka dengan jambu air yang saya beli dari Uncle jual buah. Sedap gila. Serius Black.




Kongsi di :