Lari masa puasa

IMG_2585

Hari ni saya punyalah semangat berkobar-kobar target nak lari 8KM. Esok pun saya nak lari 8KM. So total larian saya minggu ini 25KM. Namun malangnya, kaki kanan saya punya sakit akibat back 2 back dari race melawati dan kuantan hari tu tak hilang lagi. Saya ingat saya rest 3 hari hilang dah tapi nampaknya tak berjaya.

So endup saya lari 5KM sahaja dengan terhencut-hencut.

BTW, hari ini saya lari dalam keadaan puasa dan agak letih sebenarnya. Saya lari di Bukit Jalil, dan saya lihat ada 3 orang lagi pelari islam yang lari bersama. Salah seorang dia brader rambut Street Fighter Guile tu. BACA SINI

Lari dalam keadaan lapar ni sebenarnya agak mencabar minda juga. Saya lari tu hampir petang. Dan berbuka dalam kereta minum air Gatorade saja. Last month memang total larian bulanan saya barai tapi at least bulan ni (mungkin barai juga) tapi dah lebih baik sikit dari bulan lepas. Nombor-nombor misteri saya (3,4 dan 1) memang selalu ada dan hari ni sebabkan saya tak dapat lari 8KM, nombor misteri saya muncul sebaik sahaja saya habis larian.

Screen Shot 2015-06-21 at 4.26.02 AM

So hari ni saya belanja gambar sikit sebab nombor misteri muncul. :P. Konon nak buat modeling ikat tali kasut berlengging macam cover Runner’s World bulan ni tapi haram kurus kering. Makanya nak sembunyikan gitar shoot dari belakang pun oklah.

Processed with VSCOcam with f2 preset



_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 5K bagi mencapai SUB25 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_