Konsep : Lari mengelilingi dunia

AroundTheEarth

Seorang pelukis, pasti mempunyai impian untuk melukis satu karya teragung di dunia. Seorang arkitek, pasti juga, mempunyai impian untuk menghasilkan sebuah bangunan terhebat didunia. Seorang penulis, pasti mempunyai impian untuk menulis sebuah kisah yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila.

Dan seorang pelari, apalah impian lain yang ada padanya selain daripada untuk lari mengelilingi dunia? Kerana, seorang pelari, seperti kita semua, bukan bertanding untuk menang nombor satu. Kita bertanding untuk menewaskan diri kita sendiri. Dan kerana itu, kita meletakkan cabaran pada diri kita sendiri agar apabila kita berjaya mencapainya, kita adalah juara pada diri sendiri.

Saya ingin lari hingga mengelilingi dunia. Namun, realiti menghalang saya berbuat demikian. Kerana, selain larian, saya ada tanggungjawab sebagai seorang suami, dan juga sebagai seorang majikan, dan juga sebagai seorang insan. Tetapi ini semua bukan penghalang atau alasan untuk saya berbuat demikian. Kerana, sekurang-kurangnya, jika memang mustahil mencapai impian, kita boleh sahaja “tweak” impian yang hendak dicapai itu.

Screen Shot 2014-09-19 at 3.07.15 PM

Sekiranya seseorang berlari 5KM sehari, lalu setahun ia akan pergi sejauh 1,825KM. Untuk sampai mengelilingi bumi, seseorang perlu konsisten lari 5KM sehari selama 7 tahun.

Untuk saya mencapai impian ini, sesuatu harus dilakukan. Average larian saya saat ini sehari baru 0.73KM untuk tempoh 19 bulan. Dan saya baru 0.03% mengelilingi bumi. Tak keliling mana sangat lah kan?

Kongsi di :