Lari : Pagi atau petang?

Kadangkala workload kerja terlampau tinggi sampai petang tak sempat nak pergi lari. Sedar-sedar dah pukul 7:00 so bilanya nak lari?

So saya ada buat bacaan sikit yang mana bagus sama ada lari pada pagi hari atau petang hari.

Pagi
1. Baik untuk yang nak kurus
Sebab, lari sebelum breakfast akan menyebabkan badan membakar lemak untuk tenaga, kerana glycogen stores akan digunakan akibat dari puasa tidak makan ketika tidur – kajian dari University of New South Wales

2. Baik untuk membantu untuk kick start metabolism
Segala endorphins yang dirembes akan menyebabkan hari anda bermula dengan baik, lalu menyebabkan kekuatan mental hidup sepanjang hari. Ini membantu kepada mood yang baik sepanjang hari.

3. Baik untuk menukar seseorang menjadi morning person
Dah kalau bangun pagi nak berlari, kenalah bangun awal.

4. Baik untuk membiasakan diri dengan race event
Since kebanyakkan race event ni waktu pagi, so dengan membiasakan diri untuk lari pada waktu pagi sebenarnya bagus kerana membiasakan body kita, perut kita, mood kita dan lain-lain lagi.

5. Baik untuk consistency
Sebabkan kalau dah biasa bangun pagi dan terus pergi lari, maka consistency sebegini sangat baik. Bukannya petang tak baik tapi biasanya petang hujanlah, jerubulah, ataupun tak sempat keluar dari ofislah… kerja banyak lah. So, pagi lebih baik untuk make sure boleh lari setiap hari.

6. Baik untuk tidur yang lebih baik
Mengikut kajian, lari pagi membawa kepada tidur yang lebih baik pada waktu malam daripada lari waktu petang. Saya tak pasti kenapa, tapi saya rasa logiknya adalah sebab pagi-pagi kita dah start meletihkan diri, so by petang dah makin surut energy dan of course by malam boleh tidur terus. Berbanding dengan lari petang, mungkin kadar keletihan tu kurang sangat dan agaknya bila kita dah tertidur, baru letih. :p

5. Tidak baik kerana suhu badan
Awal pagi suhu badan rendah. Akibatnya otot sejuk, lalu ketat dan kurang fleksibel. Juga, tahap tenaga rendah lalu menyebabkan risiko kecederaan otot.

Petang
1. Baik untuk performance
Kajian menunjukkan waktu petang akan menyebabkan performance yang lebih mantap. Ini kerana suhu badan dah stabil lalu otot-otot bersedia untuk digerakkan dengan kadar termaksimum.

2. Baik untuk build up muscle
Sebab banyak testosterone dirembeskan waktu petang, so testosterone membantu kepada pembinaan muscle yang mantap.

3. Baik untuk lari dengan pemandangan sosial yang indah
Kebiasaannya yang lari pagi ini orang tua. Yang lari petang banyak budak muda. Ini kesimpulan yang saya buat berdasarkan larian saya di Taman Rekreasi Bukit Jalil. Agaknya orang tua dah ada rutin dan tak payah nak pergi kerja sangat berbanding dengan orang muda yang pagi-pagi bangun terus kena pergi kerja. So, pemandangan sosial petang lebih baik dari pemandangan sosial pagi. Maksud saya, kalau lari dengan ramai orang muda terasalah muda sikit berbanding lari dengan orang tua.

Lain-lain Hal
1. Lari pagi atau petang tidak ada kena mengena dengan stamina. So sama sahaja pagi atau petang.
2. Lari pagi atau petang, yang penting lari daripada tak lari langsung.
3. Boleh buat alternate misalnya weekdays lari petang dan weekend lari pagi.

So selepas saya buat kajian ini, saya akan cuba lari pada pagi hari pula sebab lately saya selalu miss waktu larian saya di petang hari due to workload yang semakin banyak. Kita tengok apa effect seminggu dua ini.

Bacaan Lanjut
http://www.forzasupplements.co.uk/blog/forza-blog-articles/when-is-the-best-time-to-exercise/#.VDPbIEuoNBU
http://running.about.com/od/motivation/f/Whats-The-Best-Time-Of-Day-To-Run.htm

Kongsi di :