Lari : Penjagaan Kasut

Ketika saya menulis ini, saya sudah berlari sejauh 350KM dengan menggunakan kasut Nike saya yang tapak hijau itu. Dan ketika saya menulis ini juga, saya baru saja membeli kasut larian baru Nike Flyknit 3.0 kerana memenangi cabaran diri sendiri. Jumlah harga kedua-dua kasut ini adalah hampir RM800.00. Tak sikit manalah tu.

Lalu, saya terfikir, bagaimana dan apakah penjagaan kasut yang sebenar. Pasti, setiap kasut mempunyai jangka hayat yang tertentu. Mari kita kaji.

Matlamat
1. Agar kasut tidak menjadi agen kepada kecederaan
2. Agar selesa dan selamat berlari
3. Mengetahui jangkahayat kasut sesuai dengan jumlah larian
4. Mengetahui cara penjagaan kasut.
5. Agar tapak kasut tak tercabut masa tengah sedap lari dan lebih malang, tapak tercabut masa Race.
6. Agar dah beli kasut mahal gila setengah ribu, so pakai pun lama.

Punca
1. Kasut yang sudah lama dan rosak, kurang menyerap hentakan akibat kusyen kasut yang sudah lama lalu boleh menyebabkan kecederaan kaki dan lutut.
2. Kasut yang rosak juga menyebabkan larian tidak stabil dan ini boleh menyebabkan kaki tergeliat akibat tersilap pijak.
3. Penjagaan kasut yang salah menyebabkan jangkahayat kasut lebih pendek.

Rules of thumb
1. Jarak – Tukar kasut setiap 500km – 800km larian
2. Race – Kalau anda serius runner dan selalu masuk marathon, of course kasut anda lagi cepat haus.

Faktor-faktor kepada jangkahayat kasut
1.Permukaan jalan – Lari di jalan raya lebih banyak makan tapak dari lari atas treadmill.
2.Cuaca – cuaca lembab dan selalu hujan boleh menyebabkan kasut asyik lembab, lalu sebabkan tak jaga betul-betul boleh rosak.
3.Cara larian – cara larian yang salah menyebabkan tapak cepat haus pada tempat yang tak sepatutnya akibat geseran yang berlebihan.
4.Berat badan – kalau badan tu berat sangat off course kasut tak tahan lama. Daya hentakan yang lebih kuat pada kasut menyebakan kusyen kasut cepat rosak.
5.Kualiti kasut – kena check kualiti kasut tu baik atau tidak. Biasanya kasut murah memang cepat rosak.

banner_kitabkeviktor3
Iklan : Larian May di tanah Australi – kitab bercampervan bersama famili. Selain larian untuk perlumbaan, ini adalah siri catatan pengembaraan 17 hari dari Melbourne ke Great Ocean, dan kembali Melbourne. Baca

Cara-cara penjagaan kasut
1. Tanda waktu beli kasut
Agar kita tahu bila tarikh tamat kasut kita, kita harus tandakan bila kita beli kasut baru itu. Kat bawah ni contoh cara nak track jarak kasut dah pergi melalui add kasut pada setiap larian yang kita track guna apps Strava.com

2. Lihat jangkahayat kasut melalui jumlah jarak larian
Jika anda pakai apps untuk track semua larian anda, pasti mudah untuk tahu jangkahayat kasut berdasarkan jarak larian. Sebagai contoh, saya menggunakan runkeeper untuk mengetahui jarak larian saya.

3. Guna 2 kasut
Mempunyai dua kasut untuk larian adalah bagus kerana kita boleh rotate antara dua kasut ini. Lalu, jangkahayat bagi kasut itu lebih lama sebab jumlah jarak larian dibahagi 2. Mungkin tak perlu beli 2 kasut sekaligus sebab saya rasa itu kurang bijak. Agak-agak kasut pertama dah sampai separuh jarak sesuai kasut, baru beli kasut kedua. Lagipun, makin lama, makin canggih teknologi kasut.

4. Pakai dan buka kasut dengan betul
Jangan main tanggal ikut suka esp. tanggal pakai kaki. Buka kasut dengan betul melalui membuka ikatan tali kasut. Masalahnya bila buka kasut pakai kaki kita tend to pijak tapak kasut so lama-lama tapak kasut boleh tercabut. Pakai pun sama, jangan main sarung ikut suka. Masalahnya adalah tulang belakang kasut pada buku lali mudah penyek dan lama-lama lembut dan dah tak support kaki.

5. Basuh kasut dengan betul
Cara yang betul adalah suruh isteri basuh. Opps. Bukan, cara yang betul adalah basuh kasut dengan air sahaja dan jangan sental gila kuat. Sederhana sudah. Kalau nak guna sabun make sure sabun atau detergen yang betul sebab kalau silap sabun, sabun ni boleh effect pada gam yang ada pada kasut. Remove lidah dan tali kasut dulu, kemudian rendam bagi kotoran tertanggal dan kemudian baru basuh. Jangan basuh kasut guna washing machine sebab bukan setakat kasut sahaja yang rosak malah boleh menyebabkan washing machine rosak.

6. Keringkan kasut dengan betul
Kadang-kadang masa kita lari hujan, so kasut basah. Since kita cuma ada satu kasut mulalah kita nak keringkan kasut dengan cepat. So kat Malaysia ni cara paling cepat adalah guna hair dryer. Masalahnya haba yang teralu kuat boleh merosakkan material kasut. Gam kasut boleh cair, lidah kasut dan tapak boleh retak. So cara yang paling baik adalah keluarkan tapak dalam kasut itu dan biarkan kasut kering dengan udara semulajadi. Masukkan gumpalan suratkhabar dalam kasut agar ia lebih cepat kering kerana ini boleh absorb lembapan dengan lebih cepat. Perasan tak kasut baru beli dari kedai ada gumpalan kertas dalam dia?

7. Simpan kasut di tempat yang betul
Jangan simpan kasut dalam bonet kereta atau dalam kereta sebab haba dan panas dalam kereta boleh merosakkan kasut sikit demi sikit. Simpan tempat yang kering dan berangin. Keluarkan lidah kasut (insoles) dari kasut bila simpan. Simpan kasut dalam beg kasut juga bahaya kalau kasut masih basah dan lembab. So bag cuma untuk transport kasut, bukan simpan kasut. Tapi kalau nak simpan dalam beg kasut juga, make sure kasut kering dan kalau malas nak make sure dia kering, beli bungkusan silika dan simpan bungkusan ni sekali dalam beg.

8. Halang pembiakan bakteria
Bakteria terhasil akibat dari peluh dari kaki. So nak avoid bakteria, pakai stokin. Selain daripada itu, simpan kasut di tempat yang kering. Selain daripada itu, beli spray penjagaan kasut dan spray setiap kali lepas pakai boleh membantu membunuh bakteria. Selain daripada itu, boleh spray baking soda untuk halang kelembapan dan boleh juga digunakan untuk serap bau busuk pada kasut tu.

9. Pakai kasut larian, hanya untuk larian
Jika anda aktif dan bukan setakat lari, misalnya anda main basketball atau main bola atau buat sukan lain, JANGAN GANGBANG HANYA SATU KASUT! Khaskan kasut larian untuk larian sebab kasut larian didesign hanya untuk larian.

Kongsi di :