Lari : Petanda over-training

Dalam mengkaji aktiviti larian ini saya rasa so far yang saya paling gila pernah buat adalah lari 13KM jauhnya iaitu dengan mengeksplore seluruh lap Taman Rekreasi Bukit Jalil. Masa tu kaki saya sangat sakit dan saya sangat letih. Lalu, ini membawa idea kepada saya, untuk mencari, apakah petandanya bila kita dah over – training.

So, dari bacaan saya, sebenarnya “body” kita communicate dengan kita dan memberitahu kita “Hey, kamu dah over training nih… agak-agaklah”. Namun, bahasa yang digunakan “body” kita bukan bahasa mother tongue kita sebab kalau macam tu senang kita nak tahu. Makanya “body” ber-communicate melalui simptom-simptom tertentu.

1. Rasa Burn Out / Depression / Kurang motivasi
Bila nak pergi training lari macam biasa kita rasa macam malas. Dan sangat letih, walaupun training kita tu hanya easy run. Keinginan untuk pergi lari berkurangan dan semangat tu macam dah tak semangat sangat macam mula-mula start training dulu.

Instead of gembira training, kita rasa sedih dan moody.

2. Hilang Fokus
Kita pergi training lari untuk fokus agar bila kita race, kita capai result yang baik. Sebaliknya, bila kit apergi training, kita dah tak ikut apa yang kita set untuk training itu agar kita capai result yang baik. Misalnya pada hari training kita patut lari 5K speed mode. Tapi sebab kita hilang fokus, kita cuma lari 3K easy. So actually, fokus kita kelaut.

3. Heart Rate tinggi
Kadar degupan jantung waktu rehat anda meningkat tinggi. Katakan kadar degupan jantung normal anda 60 seminit, tiba-tiba bila anda check anda dapati degupan lebih 5 dari biasa which is 65. So, maksudnya, badan tak fully recover lagi.

Baca sini untuk faham tentang heart rate

4. Susah nak tidur
Sebenarnya badan dah letih, tapi tak boleh nak tidur. Saya rasa sebab keletihan kita tu pun dah letih, so tu yang susah nak tidur. 2x letih.

Kenapa Imsonia ? Overtraining mengakibatkan kombinasi nervous system dan ketidakstabilan sistem hormon lalu susah nak tidur. Badan sepatutnya berkembang ketika tidur, bukan ketika training.

4. Dahaga berlebihan
Tiba-tiba selalu rasa dahaga lebih dari biasa. Dah pergi minum air dah tapi still dahaga. Apa yang sebenarnya berlaku? Body sedang berada didalam catabolic state dimana akibat daripada body kurang air. So dahaga adalah petanda awal badan kurang air.

Baca sini untuk faham Catabolic State

5. Kesakitan Otot
Biasanya bila lari kalau otot tak berapa nak kuat kita akan rasa sakit-sakit otot. Tapi itu normal. Yang tak normal adalah setelah 3 hari, kita masih lagi rasa sakit otot. Itu tandanya dah terlebih training. Sebab otot tak sempat nak pulih lagi dah kena kerja keras.

6. Peningkatan kadar kecederaan
Biasa tak pernah injured, tapi tiba-tiba dah mula injured. Sakit sana, sakit sini. Kaki terseliuhlah, sakit kukulah. So bila dah selalu injured, maksudnya body tu tak cukup masa nak recover.

7. Selalu sakit
Patutnya bila berlari kita makin sihat malangnya kita makin sakit. Kita tiba-tiba demam. Selsema dan sebagainya. Sebenarnya effect overtraining telah meng-hell-wire-kan immune system kita. Badan terus menerus berada dalam mode Catabolic State so telah menurunkan kadar imun dan meningkatkan peluang untuk sakit.

Solution untuk semua :

1. Cuti training seminggu dan pergi tengok wayang!
2. Replan training program untuk kesesuaian.
3. Makan makanan seimbang
4. Rileks la, kita bukan Usain Bolt. So enjoy….



Kongsi di :