Lari : Progression Run



Apakah Progression Run?
Lari dari perlahan ke laju sampai habis. Maksudnya, makin lama makin cepat, makin lama, makin laju Pace larian. Mula dengan satu Pace dan kemudian makin speed Pace. Pace bertambah dan semakin bertambah. Start perlahan, makin lama, makin laju.

1. Kepentingan Progression Run
Feeling dia macam start warm up, then steady, then pecut. So ia membantu melatih kekuatan larian secara progressive. Membuatkan badan bersedia untuk semakin laju. Melatih minda bahawa makin lama, makin kena laju. Get ready for speed. Something like that.

2. Effect Progression Run kepada badan
Pertama dari segi minimize injury risk. Since start lari perlahan, so melatih badan gradually berubah dan adapt kepada speed yang meningkat. Bayangkan mula-mula lari je dah pecut, so kemungkinan injury tu tinggi sebab badan tak berapa nak prepare lagi untuk pressure yang lebih tinggi.

Kedua, of course menambah stamina. Peningkatan pecutan dalam larian, kalau dah biasa, maka kekuatan stamina terlatih untuk menghadapi situasi yang lebih menekan. Badan dilatih untuk lebih laju dalam keadaan letih yang bertambah. So dalam erti kata lain, melatih badan pulih dari keletihan dengan segera.

3. Selaju mana Progression Run?
Ada mazhab ajar suh bahagikan larian kepada 3 bahagian. Pertama lari perlahan, then lari steady, then lari pecut. So kalau buat progression run untuk 10K, mungkin 4K pertama perlahan, 3K kemudian steady, 3K terakhir pecut. Asalkan ada peningkatan pecutan dari bahagian ke bahagian sudah memadai.

Lain-lain

#makinlamamakinlaju #makinlamamakinletih






Kongsi di :