Lari : Quick Fit Pt 1 – Cruising Miles

Bila badan dah lemau, asyik tak turun training, tapi nak ada race kena masuk, lagi beberapa hari. So saya cari cara macam mana nak re-fit cara paling cepat dan akhirnya saya jumpa dari majalah Men’s Running.

Ada 5 cara quick fit oleh Ross Murray (GB olympic runner). Minggu ini saya nak try yang satu ini.

Cruising Miles
Session : 3 x 1 mile ( 1.6 KM )
Total : 3 Mile / 4.8 KM
Pace : 5-10K Pace
Recovery : 2:30 mins
Est time : 21-30 Minit

Tujuan :
Workout ini actually pecahan untuk larian 5K. Dengan cara ni akan naikkan heart rate selama 20  minit / lebih. Setiap kali rehat 2:30 boleh ambil masa untuk stabilkan balik nafas atau apa yang patut. Kalau aim nak race 10K, ini ibarat pengasah pensel untuk race tu.

***
10K pace saya adalah 6:30 manakala 5K pace saya adalah 6:06. So untuk latihan ni, saya kena lari antara pace ini sejauh 1.6 KM. Berenti 2:30 mins, sambung semula 1.6 KM, berenti 2:30 mins dan habiskan lagi 1.6 KM.

***

Kongsi di :