Lari : Rest Day



Apakah Rest Day?
Hari rehat. Hari tiada larian. Juga dikenali sebagai recovery day.

1. Kepentingan Rest Day
Rest day adalah sebahagian daripada training. Rest day, perlu, malah sangat perlu. Lebih jauh dan lebih banyak kilometer larian yang telah dilakukan, maka lebih banyak masa diperlukan untuk berehat. Ini teori keseimbangan.

2. Effect Rest Day kepada badan
Setelah penat dikerjakan, badan, otot, kaki semua perlu rehat. Mereka bukan sekadar perlu rehat tapi perlu juga untuk pulih. Kapasiti dada juga meningkat pada hari rehat. Ini membantu kepada pernafasan yang lebih baik.

Namun yang paling kita risau adalah adakah fitness level kita hilang kalau kita rest day? Dulu saya pernah baca tempoh bertahan fitness adalah jangan lebih 3 hari. Namun, rupanya berhenti 5 hari pun tidak akan menyebabkan kadar fitness menurun mendadak. Penurunan kadar fitness adalah ibarat lengkuk kenaikan secara menentang. Jika membina fitness adalah seperti menyusun batu-bata sikit demi sikit hingga membentuk tembok tinggi, maka penurunan kadar fitness akibat Rest day juga adalah sikit demi sikit turun sama ratio seperti pembinaannya.

Rest day juga :
Mengelakkan kecederaan lebih guna (otot etc)
Memulihkan kembali simpanan glycogen
Mengelakkan mental burnout

3. Selama mana Rest Day?
Sekali seminggu ( sehari seminggu )

4. Kalau nak lari juga masa Rest Day, boleh atau tak?
Kau ni dah kenapa? Rest day tu dalam bahasa melayu HARI REHAT. Kalau nak lari juga itu namanya LIGHT WORKOUT DAY.

5. Apakah petanda seseorang itu SANGAT SANGAT SANGAT PERLU Rest day?
Baca sini

6. Kesimpulan, Pendapat Saya :
Ada hari kita bekerja keras. Ada hari kita berehat dengan gembira. Tidak ada gunanya lari setiap hari kerana lari, sampai satu tahap meletihkan. Hari rehat perlu bukan untuk berhenti lari tapi agar boleh lari lagi jauh.

Bagaimana Rest day saya?
Biasanya saya mandi garam. Kadang-kadang saya pergi massage kalau keletihan itu kronik. Namun, paling biasa yang saya lakukan adalah menonton movie dengan isteri, selain daripada shut down otak terus dan tidur dengan nyenyaknya walaupun pada siang hari.





Kongsi di :