Lari : Sport Bra

Orang perempuan ni kadang kala lebih bijak daripada lelaki. Kita kena akui tu. Kita orang lelaki cuma tengok benda secara overall, manakala orang perempuan, tengok benda secara detail. That’s why kita orang lelaki kena “respect” orang perempuan. Kalau orang perempuan tak ada dalam dunia ni, alamat semua benda kat dunia ni level surface je. Kalau masak makanan, janji kenyang je. Sedap tak sedap belakang cerita.  Jangan harap nak ada bawang atau garam bagai. Sebab tu dah dikira level detail.

So, since saya dah belikan kasut aerobik untuk isteri saya, tiba-tiba isteri saya tukar fikiran. Instead of buat kasut aerobik, dia basuh kasut lama dia untuk jadi kasut aerobik dalam rumah, dan dia guna kasut baru Pegasus32 tu untuk lari.

Kan ke bijak tu?

Dia kata kasut ni cam best je so sayang kalau buat pakai kat rumah. OK. Asalkan bahagia.

Nak dijadikan cerita kami pergi lari semalam di Taman BK3 rumah lama dulu. Asalnya nak ke Bukit Jalil tapi sebab dah nak petang sangat so saya decide lari kat rumah lama lebih menjimatkan masa. Dan kami lari beberapa kali pusing. Isteri saya berjaya lari 1.66 KM tanpa henti dan saya lari dalam 3.11 KM lebih sikit.

Taman BK3 ni satu loop dalam 0.5 KM. Dalam satu loop tu dia ada lagi dua loop kecil.  Kalau malas nak lari loop besar tu boleh decide lari loop kecil tu je. Loop besar akan lalu padang futsal dan court basketball serta lalu depan kedai mamak. Manakala loop kecil akan keliling padang kecik dan playground. Refer track dot dot kuning dalam map bawah ni.

Screen Shot 2015-12-28 at 1.05.05 PM

Anyway, mula-mula tu isteri saya lari belakang saya ikut loop besar tapi bila 2 kali pusing saya tengok dia lari loop kecil. Saya ingat mungkin dia letih kut yelah lama sudah tak lari so saya teruskan lari sampai habis.

Bila dah nak balik tu saya tanya dia kenapa tak pusing habis (loop besar). Dia cakap bila dia lalu kat depan kedai mamak tu ada budak-budak bujang mat motor dok kacau-kacau dia. First round tu ok lagi sebab hanya usik-usik biasa. Tapi bila second round tu melampaulah dah start sexual harassment. Siap ada yang tegur “adik ni lari pakai bengkung ke?”

Saya hanya tersenyum dan kata – “Oklatu. Masih ada orang nak kacau tandanya anda ni muda lagi walaupun dah 30 lebih.”

Isteri saya kata lagi pada saya, “Kita tau budak-budak ni mesti dok usha tetek je sebab tula cakap kita pakai bengkung la, tak bergerak la”

Saya kemudian punkata, “Patut anda stop situ. Anda bagitau kat diorang, suh balik rumah main sabun. Singapore johor singapore johor”

Isteri saya cuma terseyum.

Kami kemudian singgah Giant Kinrara beli barang sikit sebelum balik ke rumah. Di dalam kereta isteri saya kata lagi.

“Nasib baik kita pakai sport bra. Kalau tidak kenyang budak-budak motor tu dok usha bergoyang-goyang”

“Takpela. Kesian kat diorang tu. Mungkin takde awek. So asal ada perempuan yang lalu diorang kacau la. Sebab kalau depa ada awek, sure depa tau macam mana nak respect orang perempuan” Balas saya lagi.

“Hmm tu la kan. Kesian.”

Perbualan kami kemudian berlarutan ntah apa benda tapi mostly pasal saya tak pernah bunuh orang lagi sejak hidup ni. But anyway, kejadian petang itu membuatkan saya terfikir sesuatu. Di dalam dunia ini memang ramai orang lelaki yang tidak ada “respect” pada orang perempuan. Oleh kerana lebih maskulin gamaknya dan telah termaktub dalam pemikiran yang lelaki lebih superior dari perempuan, maka sesetengah orang lelaki menindas orang perempuan sesuka hati.

Mereka tidak kira apa kesan kepada orang lain asalkan nafsu mereka puas. Hatta, mengacau anak dara orang malah isteri orang pun tidak menjadi hal. Ada pulak sesetengah tu sanggup memusnahkan kebahagiaan rumahtangga orang lain.

Bila difikirkan balik, orang sebegini bukan setakat tidak “respect” pada orang perempuan. Malah, tidak “respect” pada agama dan tuhan. Dan yang paling kesian, tidak “respect” pada diri sendiri. Apa prinsip hidup yang dipakainya pun tidak siapa yang tahu.

Semoga tuhan memberi petunjuk pada mereka dan juga kita sebagai peringatan.

Kongsi di :