Lari : Teknik Larian yang betul

Lari bukan pakai main tibai, ada teknik tertentu. So kenapa perlu teknik?

1. Minimumkan penggunaan otot, lalu jimat tenaga, lalu boleh lari lagi jauh.
2. Langkah lebih jauh, lalu jimat tenaga. Step pendek tapi banyak boleh cepat letih.
3. Tak tension, enjoy running
4. Taknak injured.
5. Nak menang race le…

Dibawah disenaraikan balik teknik yang saya tengok dari Youtube. Abah saya dekan sukan, so saya dah check dengan dia dan memang betul.

1. Kepala
Straight pandang depan 50m-100m, kalau tunduk nanti susah nak dapat maksimum O2.

2. Tangan
Arm swing, macam pendulum, kena straight depan, relax dan hangan tense, bukan crossing masuk badan. Kalau crossing masuk dalam badan, force bukan ke depan tapi sebaliknya kacau bilau kiri dan kanan dan ini melambatkan larian. Jari tak kisah nak buka, atau genggam tapi kalau genggam jangan genggam kuat sangat sebab kalau kuat sangat genggam, focus energy dah pergi ke tangan pulak.

3. Overall badan
Condong ke depan sikit agar gravity membantu kedepan, tapi jangan sampai bongkok. Kalau bongkok sangat nanti efficiency pernafasan terganggu sebab paru-paru tak dapat nak kembang besar untuk contain udara yang banyak.

banner_kitabkeviktor3
Iklan : Larian May di tanah Australi – kitab bercampervan bersama famili. Selain larian untuk perlumbaan, ini adalah siri catatan pengembaraan 17 hari dari Melbourne ke Great Ocean, dan kembali Melbourne. Baca

4. Lutut
Tinggi, agar lari tinggi supaya beri force ke depan dan jauh. Boleh practice ala skipping.

5. Kaki
Teknik Kenya, ginjit means tapak depan land dulu instead of tumit kaki. Tumit kaki beri hentakan dan akan effect betis, kepala lutut dan pinggang sebab tu lepas lari sakit lutut. Juga, kalau tumit landing dulu akan beri force kebelakang instead ke depan. Kalau nak practice ginjit, try lari dan bila langkah tu tumit kaki tinggi ke belakang sampai cecah punggung.

Kongsi di :