Lari : Terkesan, atau memang kesannya?

Hari ini kelakar. Subuh pagi tadi saya terbangun tidur lalu bertanya kepada isteri saya.

“Apa ye term orang lari tu?”

Isteri saya yang sedang membaca quran disebelah saya terhenti seketika lalu memandang senyum kepada saya. Yes. Dalam separuh sedar, saya baru perasan, yang saya sedang mengigau. Lalu saya tarik bantal dan menutup muka tanda cover malu. Entah beberapa ketika saya terlena semula dan bangun balik sejam kemudian.

Ketika kami ke office, isteri saya menceritakan hal yang terjadi subuh pagi tadi kepada saya. Dan saya hanya memandu dengan serius tanpa berkata apa-apa. Sebenarnya saya malu. Iyalah, sampai dah mengigau tentang larian. Ini memang sudah kronik. Tak pernah dalam hidup saya tiba-tiba mengigau hal kesukanan. Ini satu anjakan paradigma dalam hidup. Satu milestone yang lain dari yang lain.

Dan ketika saya masuk simpang ke office lalu parking di tepi sisi kedai mamak itu, saya lalu berkata,

“Kita, in character. Bila buat sesuatu tu, kita buat betul-betul. Takde selindung-selindung dan tak tipu punya. Itu pasallah sampai mengigau. (Muka Senyum, mata kecik dipejamkan)”

Hakikatnya #werunkl cuma tinggal 2 hari lagi. Hari ini dan hari esok. Sama ada saya terlalu memikirkan pasal larian 21K yang pertama ini, atau over training sampai sakit lutut, disini, boleh saya terfikir tentang persoalan saya semasa mengigau tadi.

Apa ye term orang lari tu? Ada macam-macam. Ada yang dipanggil atlit. Ada yang dipanggil running buddy. Ada yang dipanggil coach. Ada yang dipanggil “kerana sakit perut”. Apapun term yang dilabel orang, terhadap seseorang yang berlari, semuanya ok kecuali satu.

Jangan dipanggil pengecut.

Kerana apabila ini berlaku, ia adalah kesan yang paling teruk dalam hidup, dan lebih teruk dari mengigau di subuh hari.

😛




Kongsi di :