Lari : The history of Marathon

Phidippides

Saya dapat tahu yang asal usul Marathon ini dari Haruki Murakami bila dia mention yang dia lari di Marathon City dalam novel lariannya. So dari situ saya mula buat kajian pasal marathon.

Basically, semuanya berlaku pada zaman Greek sekitar 490 BC atau 490 tahun sebelum Jesus lahir. Waktu tu tentera Greek berperang dengan tentera Parsi. Nama peperangan ini adalah Battle of Marathon, dan berlaku di Marathon City sama ada dalam bukan Ogos atau September. Setelah Parsi dikalahkan, seorang tentera bernama Pheidippides yang bertugas sebagai “The Messenger” lari kegembiraan dari Marathon ke Athens sambil menjerit “Kami telah menang”.

Hero ancient greek ini telah mencatat masa dibawah 36 jam untuk sampai ke Athen dan dikhabarkan sejurus sampai di sana, beliau jatuh pengsan dan mati dalam iman. Kata-katanya kepada penduduk Athens “Joy to you, we’ve won” dan saat kematiannya, kata-kata terakhirnya adalah “Joy to you…..”

Ada beberapa lagi tulisan lain mengatakan yang Pheidippides mengatakan “Hail, we are the winners” atau “We have won” tetapi nyata konteksnya adalah kemenangan dan kegembiraan. Maka, agaknya untuk celebrate dan peringatan kisah hebat ini lalu jarak antara Marathon ke Athens yang dijadikan asas untuk acara marathon hari ini iaitu 42K.

So, kesimpulannya? Ini sebuah kisah inspirasi untuk semua. Marathon memang merosakkan badan tapi itu zaman dulu. Zaman telah berubah dan moga kisah ini menjadi inspirasi buat semua runners seluruh dunia.

Bacaan Lanjut
http://en.wikipedia.org/wiki/Marathon
http://en.wikipedia.org/wiki/Pheidippides



Kongsi di :