Lari : Yasso 800s





Apakah Yasso 800s?
Larian ramalan untuk catatan masa yang dikehendaki, esp. kalau ada specific target untuk catatan masa dalam race yang akan datang.

Pertama, set target berapa catatan masa yang anda mahu. Eg. Full Marathon 4:00:00 (4 jam)
Kedua, lari 800 m dengan catatan masa itu Eg. Lari 800 m 4:00 ( 4 minit )
Ketiga, slow jog untuk recovery sejauh 400 meter.
Keempat, lari semula 800 m dengan catatan masa 4 minit.
Ulang semua sebanyak 10 x 800 m.

Secara teori, jika selalu buat latihan ini, sepatutnya seseorang runner itu boleh capai catatan masa yang dikehendaki beliau.

1. Kepentingan Yasso 800s
Instead of lari full KM race sebelum race dan tengok catatan masa, lari Yasso 800s dan tengok catatan masa. Dalam erti kata lain short cut. Kira bayangan dia macam ni. Instead of lari satu kampung, lari satu jalan dalam satu kampung tu tapi ulang-ulang 10 kali.

2. Effect Yasso 800s kepada badan
Yasso 800s ni actually saya consider Fartlek Run atau speedplay sebab dia selang seli mua-mula lari laju, then lari slow. Cumanya Fartlek Run tidak ada tempoh dan jarak specific manakala Yasso run ada. So effect dan kesan pada badan boleh dikatakan sama dengan Fartlek Run.

3. Selaju mana Yasso 800s?
Yang ini depend pada berapa target masa yang anda mahu dalam race anda kelak. So kalau anda nak lari Full Marathon 42K dalam masa 4 jam, buat Yasso 800s 4 minit.

4. Adakah ramalan Yasso 800s tepat?
Saya tak pernah try lagi sebab saya pun baru baca pasal Yasso 800s ini. Bila saya cuba nanti saya tulis. Tetapi melalui bacaan saya dari web, ada yang kata tepat, ada yang kata langsung tak tepat. Ada yang kata hampir. Kesimpulan yang saya boleh kata, namapun larian ramalan, so kalau ramalan tak tepat, namapun ramalankan?

Lain-lain

1. Make sure jangan buat Yasso 800s kalau tinggal 10 hari lagi nak race nanti muntah
2. Start 5 x 800 dulu instead of nak terus pulun 10 x 800
3. Masukkan dalam training plan bagus untuk reality check bagaimana performance kita kelak
4. Boleh buat Yasso 800s kalau malas nak buat Goal Pace Run

#larianramalan #testpower #thesecret #whenyouwantsomethingtheuniversewillconspireforyou #positivethinking #hatilemahakangagal






Kongsi di :