Latihan : Internship Running Programme Cycle 2

Hari ini office saya ada 2 orang student intern masuk. Makanya program larian internship yang telah berjaya dilaksanakan tahun lepas akan bersambung lagi tahun ini. Report untuk tahun lepas:

  1. Seramai 6 orang student participate dalam program ini
  2. Total KM sebulan adalah 25 KM
  3. Tempoh larian adalah 6 bulan
  4. Semua diwajibkan guna Runkeeper untuk rekod larian
  5. Daripada 6 orang tak silap saya memang 2 orang yang pernah join lari sebelum ini
  6. Daripada 6 orang ini, hanya seorang sahaja yang berjaya achieve 25KM itupun sebulan sahaja dan hanya sekali itu sahaja dapat allowance tambahan RM50
  7. Kemuncak program ini adalah larian 10 K NM Galaxy Run di Cyberjaya

Boleh baca report detail tentang race dan program ini di sini.

Anyway, adakah program ini berjaya? Apakah hasil program ini? Apakah impak pada mereka? Saya sisipkan satu gambar masa lepas lari hari itu. Mungkin wajah masing-masing boleh beritahu apakah perasaan dan impak program ini kepada mereka. Anyway, selepas habis internship saya dengar mereka dah start plan nak join event larian namun saya tak pasti pula adakah mereka sudah menjadi runner. Saya doakan yang terbaik.

10706962_622237011235406_762098949_n

So cycle ke 2 program ini saya ada ubah sikit.

  1. Seramai 2 orang student participate dalam program ini
  2. Total KM sebulan dinaikkan dari 25 KM ke 29 KM
  3. Tempoh larian adalah 3 bulan
  4. Semua diwajibkan guna Strava untuk rekod larian kerana saya sendiri dah tak pakai Runkeeper
  5. Kedua-dua mereka ini bukan runner dan tak pernah lari
  6. Kemuncak program ini adalah larian 10 K dan belum dipastikan larian yang mana tapi mungkin larian dalam bulan april

Harapan saya mereka meraih RM50 sebulan sebagai tambahan untuk bayar GST kepada kerajaan. Jika mereka komited 3 bulan, maka mereka akan dapat seorang RM150 tambahan allowance selain daripada allowance internship. Boleh buat beli kasut tau stokin ataupun sport bra.

Sepertimana “larian” mengajar kita banyak erti tentang kehidupan, tanggungjawab dan maruah, seperti itulah juga harapan saya kepada 2 orang student internship daripada UNITEN ini.

letter

Langkah seterusnya
Internship Running Programme Cycle 1

Kongsi di :