Latihan : Intership Student, 25KM dan RM50 selama 6 bulan

lariansebuahkitab

So ini jadual depa. HR saya tampal dekat dinding di pantry. Hari-hari semua orang boleh tengok dan sendiri boleh update.

Kalau 25KM sebulan, sehari at least kena lari 830 meter sehari dan kalau mereka susun jadual larian betul-betul, at least boleh buat 1KM sehari selama 25 hari dimana 6 hari lagi rest day.

Seperti yang saya tulis sebelum ini, sebagai reward, saya akan tambah RM50 kepada sesiapa yang berjaya achieve target dan ini membuatkan jumlah elaun mereka menjadi RM700. Tempoh internship mereka adalah 6 bulan dan jika mereka berjaya complete fitness challenge ini, at least mereka menambah pendapatan sebanyak RM300 lagi sepanjang mereka bekerja di office saya.

Tapi minggu pertama saja masing-masing masih kosong. I think I need to do something nih.




Kongsi di :