Logo : Lariansebuahkitab

Antara feedback daripada kawan-kawan tentang poster log yang saya buat tahun lepas adalah “kenapa tidak ada brand langsung?”. Mulanya saya ingat saya tak letak apa-apa logo atau apa-apa tulisan adalah kerana agar, poster itu plain dan minimalist. Namun setelah berjumpa dengan beberapa orang kawan yang juga runners, mereka kata ada baiknya letak logo kerana ia nampak lebih original dan supaya orang tahu, poster itu siapa yang buat.

Merchandise : Poster 365/2016
Merchandise : Poster 365/2016 Q1 Habis sudah

Maka saya terfikir apakah bentuk logo yang paling sesuai untuk “Lariansebuahkitab”. Agak lama saya cuba cari dan makan bulan juga untuk saya design. Saya fikir, jika “Lariansebuahkitab” ada wajah dalam bentuk logo, ia harus menggabungkan beberapa elemen seperti buku (kitab) dan larian. Dan mungkin juga untuk mengekalkan elemen “kitab”, boleh jadi tulisan jawi boleh disertakan.

Ini adalah design paling awal yang saya buat secara spontan. Seingat saya, waktu itu, ofis tidak ada letrik lalu saya skecth apa yang patut yang saya terfikir. Sketches ini saya buat pada bulan Januari 2015.

Ia adalah visual sebuah buku yang sedang berlari.

macbook air padam terus. lutut sakit lagi. so apa abiang nak buat hari ni? abiang lukis logo #lariansebuahkitab

A photo posted by khairulazizi (@khairulazizi) on 

Apabila dah lama-lama tengok tu, saya macam rasa yang menggunakan tulisan jawi secara prominent, agak tidak sesuai. Ini kerana kalau satu hari saya kaya raya dan boleh upah translator untuk translate blog saya dalam english, maka menggunakan logo jawi agak kelihatan ISIS. Lagipun, saya bukan orang yang religious sangat. Ini boleh menyebabkan salah anggap terhadap blog ini.

Lagi satu, visual buku lari ini nampak macam kelakar la pulak. Terlalu kartun. Macam tak berapa nak sesuai. Agak mickey mouse disitu.

Pada bulan Mei 2015, saya cuba draft satu lagi design. Kali ini saya buang element buku, dan fokus pada kasut sahaja. Kasut ini mempunyai 7 line tali yang membawa maksud, 7 milestone atau 7 point atau 7 level. Kasut ini juga di-arabkan sedikit seperti kasut aladdin, agar, ia tidak berupa kasut larian yang biasa.

Namun setelah lama saya tengok, timbul rasa menyampah pulak pada elemen arab itu kerana saya fikir, saya bukan orang arab tetapi orang melayu. Saya tidak ada kena mengena dengan aladin, dan lagi sepatutnya saya memilih elemen universal dan bukan geographical. Apabila saya fikir semula, saya dapati, saya masih lagi terperangkap dalam usaha untuk membawa elemen “kitab” di dalam logo saya tanpa visual “kitab”.

Sementara menunggu client datang, abiang draft logo kedua #lariansebuahkitab kasut dengan 7 line, tulis jawi + tulis abc

A photo posted by khairulazizi (@khairulazizi) on 

Akhirnya pada bulan Mac 2016, ketika dalam perjalanan ke Tarutao Thailand untuk race 25K, saya telah membuat satu lagi draft logo semasa di dalam feri. Kali ini, ilham yang diberi adalah, menggabungkan 3 elemen iaitu :

  • Buku – melambangkan knowledge pinjaman (yang bukan kita punya). 7 line adalah 7 milestone.
  • Sayap – melambangkan agar dari knowledge (pinjaman itu) kita nampak lebih luas lagi (dari tempat tinggi). 4 line adalah 4 phase.
  • Bucu Hati – melambangkan wisdom yang terhasil dari knowledge (pinjaman itu) yang memberi manfaat kepada kita, hingga berubah kepada lebih baik dan elok dari sebelumnya.

Manakala in terms of warna pula, adalah kerana berikut :

  • Biru – warna langit untuk luas,
  • Hijau – warna pokok untuk mekar, tumbuh, merebak, etc
  • Hitam – dakwat, yang telah tertulis……………….

Basically bentuk asal logo ini adalah inspirasi dari logo decepticon transformer. Masa kecik dulu memang saya minat decepticon dan untuk pengetahuan, semua kereta saya ada emblem decepticon. Tersiratnya adala sikit elemen “jahat” dan pemusnah. Baru balance. 😀

1126226

Lalu, setelah beberapa kali adjust sana sini, ketiga-tiga ini digabungkan lalu menjadi sesuatu yang seperti dibawah ini.

5. So untuk penuhi masa lapang abiang start lukih logo untuk #lariansebuahkitab

A photo posted by khairulazizi (@khairulazizi) on 

Oleh kerana skill Adobe Illustrator saya dah berkarat dan berkurun lama ku rahsiakan, maka saya meminta bantuan staff saya untuk translate kepada AI dan ini adalah final design yang dia beri.

Saya katakan kepada staff saya, “Ko amik logo dcepticon ni, ko tekap, pastu ko buat balik ikut sketch tu”. Bagus. Taat orangnya staff saya ini. Cuma bucu hati tu bila panjang sangat dia jadi macam janggut pulak. Agak tabligh so saya suh trim sikit.

basis

logo_lsk01
logo_lsk02

Ini pula staff saya buatkan contoh kalau-kalau nak buat tshirt la kononnya.

tshirt

Saya lalu mula menggunakan logo ini dalam beberapa design yang ada seperti poster dalam blog ini dan beberapa artwork yang lain yang bakal menyusul. Kira dengan posting ini, logo ini sudah official dan lagipun saya dah malas nak ubah atau sketch design baru.

Semoga dengan ada visual logo ini, ia akan memberikan blog yang tak seberapa ini lebih graphical dari segi memori, dan branding. Mana tahu satu hari nanti ia jadi sebuah medal. :P

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *