LSD – Long Slow Distance, Lari seorang diri

LSD, kalau secara rasminya adalah Long Slow Distance. Manakala secara tidak rasmi pula, adalah Lari Seorang Diri. Mungkin ada maksud lain lagi namun nanti saya sambung dekat hujung posting ini.

Saya ada confession. Sebenarnya, dah nak masuk tahun keempat lari inilah, baru last weekend, saya lari LSD secara rasmi, buat kali pertama. Bila saya tengok data larian saya yang lepas-lepas, saya dapati memang saya tak pernah training lebih dari 15.3 KM pun.

screen-shot-2017-01-10-at-11-49-57-pm
Template boleh didapati di sini

No wonderlah masa first FM saya Bali Marathon dulu masuk je 30KM saya rasa nak meninggal dunia. Disebabkan badan letih berlari, roh pulak yang macam nak lari keluar dari badan. Dan mungkin tak pernah LSD adalah faktor utama saya tak dapat SUB 2 untuk HM lagi.

Saya ingat lagi masa saya pergi class NIKE werunkl. Masa tu sebab ramai sangat tanya Coach Din, saya pula pergi tanya Coach Sue. Dia kata kalau nak SUB 2, kena rajin buat LSD. Tapi masa tu perkataan LSD masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Inilah dikatakan, nasi telah menjadi bubur. Sesal dulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya.

Race : Nike We Run KL 2016 Pt 5 – Training Class : Apa yang dapat saya belajar

OK.

Bab LSD ni nanti nak kena kaji lagi. Sebab recent study ada kata LSD ni lebih kepada myth. Tapi saya rasa kita fikir logik sudahlah. Kalau badan kita tak pernah lari jauh dalam one shot, macam mana kita nak lari jauh (malah lebih jauh) dalam one shot?

Macam kat sekolah dulu la. Kalau tak pernah ketuk ketampi 100 kali one shot, bila kena ketuk ketampi tu seminggu gigil lutut bila nak turun tangga. Tapi kalau dah biasa kena ketuk ketampi 100 kali one shot, siap masa ketuk ketampi tu boleh senyum usha awek lagi.

Itu sebablah saya masukkan LSD dalam training plan #10mingguabiangcuba. Harap ada bawa perubahan dalam hidup. Macam perubahan harga barang basah pasar. Dulu satu troli kecik kalau pergi pasar tani, isi sampai penuh damage dia cuma RM100 lebih. Tadi pergi pasar tani dengan troli yang sama damage dia RM200.

OK. Ini adalah apa yang saya belajar dari first LSD saya.

1. Menewaskan mental
Oleh kerana saya tak biasa LSD, so first yang saya kena tewaskan adalah mentaloon saya dimana kena pakuk kat dalam kepala tu bahawa, mesti boleh punya. Biasa lari dekat la ni nak lari jauh, so prinsip confident menang kalah takpe tu kena kuat dan semai dalam hati.

Macam mana saya nak make sure saya achieve LSD saya, saya PER (perdaya) diri saya sendiri dengan berangan nak LSD 800 KM tapi yang nyatanya saya nak lari LSD 30KM. Walhal, dalam masa yang sama, batin saya sebenarnya nak lari LSD 20KM je.

Mulut kata 30KM tapi hati dah tau 20KM je. So masa lari tu, terasa lebih dekat sebab perasaan nak lari lagi jauh tu mendekatkan segala.

Kira rasa macam lambat lagi nak habis, tapi sebenarnya, eh – eh. Dah habis!

2. Loop
Saya decide lari 2 x loop #sirijalanlurus. Route ini, satu pusingan adalah 10.3 KM. Kalau 2 kali pusing, dapat 20.6 KM.

screen-shot-2017-01-11-at-12-10-32-am

Dah la baru mengada nak first LSD, kena buat loop pulak tu. Basically, loop ni ada 2 effect dia. Sama ada negatif, atau  positif. Depends pada kita nak pilih yang mana satu.

Lately memang saya dah start lari loop. Misalnya loop di kawasan rumah saya. 10 kali pusing, dapat 10 KM.

Bila fikir nak loop tempat yang sama bapak bosan sebab pemandangan dia macam repeat. Balik-balik itu aje. So kalau 10 kali pusing untuk 10K, mau muntah. Hari tu saya ada tgk instagram Mr. BJTEOH dia buat loop kat track padang 400 meter sampai 42 KM. Dasyat gila. So bila saya tengok tu saya fikir, eh, apa sangat la 10 x pusing untuk 10KM.

Tapi yang bagusnya loop ni pulak, makin kita lari dan pusing tempat yang sama, makin lama kita akan rasa makin dekat. Sebab familiarisation tu membantu kepada perasaan lebih cepat. Alah contohnya kalau kita pergi ke satu tempat tu yang kita tak pernah pergi, otw pergi rasa jauh dan lama. Kalau masa otw balik, mesti rasa cepat dan kejap je dah sampai. Kalau ikut sepupu saya dia kata sebab masa otw pergi lambat adalah kerana banyak jin pokok tanya kita nak pergi mana. Balik jin pokok tak tanya sebab dah kenal. Tu yang cepat.

So 2 x loop pada route #sirijalanlurus okla… walaupun ada satu saat tu rasa cam cibai.

3. LSD – Lari seorang diri
First loop saya lari seorang diri. OK la. Tenaga banyak. Tengah steady. Kaki tak sakit. Cool dan rilek je. Tapi bila masuk loop kedua, mula jumpa syaitan. Syaitan kata aahh tak payah lari la itu la ini la. Tapi dalam masa yang sama tiba-tiba ada malaikat pulak datang. Malam tu ada 3 malaikat datang lari sekali. So saya follow je depa. 2 orang malaikat jantan, seorang malaikat betina.

Saya dapati yang lari jauh ni kalau seorang diri agak jugaklah feeling dia. Tapi bila lari dengan orang lain, means lari sekali, rasa mentalooon dia tu kurang sikit. Dia cam tengah lari tu baru faham erti, “What is friend for”. Macam, “A shoulder to cry”. Friend with benefit???? Emmmmm….

Bila lari berdua ni agaknya beban yang kita hadapi tu kita bahagi dua atau share bersama. Kalau lari 3 orang, bahagi 3. Kalau lari satu group?

No wonder kalau nak improve larian dengan cepat salah satunya join group larian. Selain dari short cut untuk pengalaman, inilah dia. LSD Larian Seksa Diri dikongsi berjemaah.

#harapnextweekadaorangLSDjugadiPutrajaya #bolehfollow

4. Air dan makanan
Bila LSD ni saya bawak air siap-siap dalam botol air. Dan saya bawak juga lagi 2 botol simpan dalam kereta. Cuma saya lupa nak bawak bekas ais je kalau tak boleh simpan air botol tu dalam bekas ais. Sejuk sikit.

Dan saya bawa snickers sebagai minyak untuk tenaga. Air tu saya minum sip sip je. Snickers saya makan lepas 10K.

Saya dapati yang saya taklah letih sangat.

5. Pace Race Marathon
Saya buat LSD ni semata untuk pace next marathon ni iaitu pace 7:08. Saya nak tengok kalau lari pace ni sampai KM berapa saya muntah. Tapi ntah macam mana agaknya sebab khayal berlari tak pernah lari jauh untuk training one shot, saya ter out of pace. Instead of 7, saya terbuat 6 lebih. Mungkin juga ada satu masa tu saya lari laju sebab dah nak habis dan tak sabar nak balik.

Next time saya cuba kekalkan pace. Tapi bila fikir balik, boleh kalau tak letak berapa end distance. Ye la, baru boleh tahu KM berapa muntah.

Saya rasa LSD yang betul kalau tanak ikut pace marathon pun OK. Ikut suka la. Nama pun Long Slow Distance.

Saya ingat buat masa ni itu sahaja yang saya belajar dari LSD pertama saya. Nanti esok-esok kalau ada saya tulis lagi. Tapi, masa LSD tu saya ada terfikir. LSD ni selain dari Long Slow Distance atau Lari Seorang Diri (bagi saya la sebab tak de geng)…. LSD juga membawa erti :

Lari Sangat Derita

Ye lah…. jauh kut. Biasa lari 10K je ni nak up 2 kali ganda. Biasa ketuk ketampi 100 kali? Ha cuba try ketuk ketampi 200 kali tengok.

screen-shot-2017-01-11-at-12-01-01-am

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *