Macam mana nak buat instagram #2015bestnine

Trending hari ini di instagram adalah #2015bestnine. Ia adalah 9 gambar terbaik di instagram anda pada tahun 2015. Gambar terbaik ini adalah berdasarkan orang LIKE paling banyak pada gambar itu. Ini saya punya.

khairulazizi_full

Kalau kira kat sini nampaknya 5 pic adalah tentang larian, 3 tentang anak (tu pun yang anak tu tengah bawak lari tu) dan 1 kucing. Saya buat kesimpulan dari gambar ini, saya seorang yang aktif dan penyayang. 😛

Anyway, macam mana nak buat #2015bestnine?

1. Pergi ke web ini. http://2015bestnine.com
2. Masukkan IG anda.
3. Gambar akan digenerate.

Anda boleh juga masukkan IG kawan anda kalau nak tengok dia punya tapi syarat dia tak Private account dia lah.

Selamat mencuba!

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 5K bagi mencapai SUB25 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_