Acanne : Macam mana nak design BIB larian

Saya rasa saya boleh bagi sedikit proposal memandangkan background saya adalah art dan saya juga berlari. Company saya pun company design dah 12 tahun, so proposal saya ni anda boleh amik kira. Ditambah pulak saya dah gantung Bib race kat rumah saya, so hari-hari naik tangga saya tengok Bib-Bib ni, makanya saya decide nak tulis sikit pasal design Bib.

1. Size Bib

Tokyo Marathon punya size adalah 23.5 cm x 19.5 cm. Agak besar berbanding Bib lain yang saya pernah pakai. SCKLM punya Bib size pula adalah 20.5cm x 14.5 cm. Saya suggest follow SCKLM punya size pun dah ok.

2. No Bib

Maksimum bilangan nombor biasanya 5 angka. Tambah satu abjad untuk kategori, so mesti design tu muat 6 (5 angka + 1 huruf). Ruang saiz huruf dan nombor ini mestilah 2/3 daripada keseluruhan saiz Bib sebab kalau kurang daripada ini, nanti nombor tak nampak.

Dibawah ini ada contoh, dimana huruf dan angka adalah lebih kurang 2/3 dari keseluruhan size BIB. Take note garis merah tu adalah guide.

Screen Shot 2017-07-18 at 12.13.57 AM

3. Jenis typeface No Bib

Jangan pakai typeface / font yang kurus sangat (thin) , atau tebal sangat (bold). Memadai medium. Elakkan yang ada ekor-ekor (serif) dan bagus guna Sans Serif (tanpa ekor). Ini contoh kalau guna yang Serif atau ekor-ekor. Buruk kut. Elakkan juga typeface decorative iaitu font yang bukan-bukan. Lagilah jangan pakai font Comic Sans. Tolong lah. Kesimpulannya, pakai yang basic sahaja macam Arial, Avenir, Helvetica, dan seangkatan. Dan kalau perlu decorative font pun, jangan guna pada text yang level data. Maksudnya kalau text tu macam nama, nombor, tak payah lah melainkan nama race yang dah memang ada font tersendiri.

Oh ya, make sure dalam satu Bib ni jangan lebih dari 3 jenis typeface / font. Basic rules of design.

Ini contoh font yang tak bagus untuk no Bib.

Screen Shot 2017-07-18 at 12.18.43 AM Screen Shot 2017-07-18 at 12.18.18 AM Screen Shot 2017-07-18 at 12.17.59 AM Screen Shot 2017-07-18 at 12.17.45 AM

4. Nama race, dan logo race

Yang ni kena letak, sebab branding kepada race. Biasanya letak belah atas. Lepas tu jangan lupa letak sekali tahun larian. Sebab bila orang simpan Bib, masuk race tiap-tiap tahun so adala nampak tahun dia masuk.

Screen Shot 2017-07-18 at 12.30.16 AM

5. Nama Runner

Ada race letak nama ni masa kita beli tiket. Macam race luar nak letak nama pun kena bayar. So nama pun boleh buat berniaga. Kalau boleh nama runner tu kena la letak dalam Bib. Personalised sikit.

Screen Shot 2017-07-18 at 12.35.36 AM

6. Nama Group larian

Ada juga race yang memberi space untuk letak nama group larian. Misalnya Maybank Bali.

Screen Shot 2017-07-18 at 12.36.33 AM

7. Logo group larian

Yang ni tak pernah saya tengok lagi. Tapi kalau Bib siap boleh custom logo group larian, memang terbaik. Yang ni boleh buat additional. Tambah duit RM5 untuk letak logo anda dalam Bib.

Screen Shot 2017-07-18 at 12.39.58 AM

8. Tarikh & waktu race

Oh sebelum terlupa, bagus untuk ada tarikh race dan waktu race dalam Bib terus. Sebab dia kengkadang runner ni ada banyak race, so dia lupa race dia yang ni berapa haribulan. Dan letak terus flag off pukul berapa.

Satu lagi mana la tau terjumpa jodoh masa race, so kalau kawin nanti boleh la ingat tarikh jumpa jodoh dengan tepat.

Screen Shot 2017-07-18 at 12.41.59 AM

9. Kategori race

Seterusnya adalah kategori race. FM ka, HM ka, 10K ka. Kalau tak tulis boleh main dengan warna. Tapi kalau tulis pun lagi bagus. Sebab ada runner yang kumpul Bib so bila tengok Bib dia tau, ooo tahun ni aku masuk 10K, next yearnya aku masuk 21K. Satu lagi nak kena tulis kategori jugak sabab nanti masa dah finish line tu volunteer nak bagi medal. Kang salah masuk lane, tak double check, dapat medal kategori lain. Tak naya.

So ini contoh design. Ada baiknya letak kategori, satu ruang / space dengan nama. So satu kawasan la. Volunteer tengok nama belah kiri, pusing kanan mata dia tu terus nampak kategori apa in case volunteer nak cuba ayat runner.

Screen Shot 2017-07-18 at 12.51.22 AM

10. Checklist Medal, Goodie Bag dan Bag Deposit

Yang ni pun kena ada. Supaya runner tak kencing mintak medal dua kali atau mintak goodie bag dua kali. Yang ni tak payah tulis ayat panjang, cukup huruf awal atau guna icon. Sebab yang ni volunteer punya keja. Kalau boleh checklist ni letak bawah kategori. Sebab senang volunteer nak tanda dan semak dengan kategori in case lain kategori, lain goodie bag.

Screen Shot 2017-07-18 at 12.55.44 AM

11. Size T-Shirt

Sebabkan kat Malaysia ni depa buat race wajib beli t-shirt (tatau sama ada nak meniaga race atau nak meniaga t-shirt) so meletakkan Size T-shirt pada Bib juga menjadi amalan sesetengah organizer. Sebab dia masa pi collect Racekit, depa tak susun lagi bib dengan t-shirt. So depa tengok bib, cari t-shirt dan baru bagi sekali. So nak tanak, kena letak size Tshirt kat Bib walaupun menyemak.

So saya cadangkan letak je sebelah Checklist sebab dia memang checklist pun. Tak payah tulis text T-Shirt. Menyemak jugak. Letak size je terus.

Screen Shot 2017-07-18 at 12.59.25 AM

12. Logo-logo lain dan logo sponsor

Biasalah race kadang ada yang mintak sponsor so kena letak logo dalam bib. Yang ni boleh letak bawah sekali dan tak payah besar sangat pun sakit mata.

Screen Shot 2017-07-18 at 1.07.30 AM

So saya ingat, benda-benda wajib semua dah ada, now kepada benda-benda lain yang saya rasa bagus untuk ada jugak.

13. Race Tagline

Ada runner masuk race sebab tagline. Misalnya ranauthlon 2015 dulu saya masuk sebab tagline dia “No Fear No Limits No Regrets”. Malah tagline ni tersemat pada Bib. Agak personal feeling dia saya dengan tagline ni so meletakkan tagline dalam Bib dan juga kepada Race asalnya, boleh membantu penjualan tiket anda jika anda organiser.

So saya buh tagline bawah ni. Hirup keberanian, hembus ketakutan.

Screen Shot 2017-07-18 at 1.20.40 AM

14. Race website, QR Code

Boleh letak race punya web url atau kalau tanak letak dalam bentuk text, boleh letak dalam bentuk QR code. Yang ni race Great Ocean Road buat.

Screen Shot 2017-07-18 at 1.24.01 AM

15. Emergeny Contact Number

Yang ni in case ada kecemasan, so boleh contact spouse ke apa. Biasa letak kat depan, tapi cadangan saya letak kat belah belakang Bib. Sebabnya adalah privacy. Kita bukan nak share nombor bini / laki kita ngan orang lain.

Tapi saya fikir, kalau letak kat belakang Bib, nanti kalau emergency, misalnya runner pengsan ke apa, so macam susah sikit la nak bukak bib dia sebab ada pin. So lambat. Kalau runner tu pakai bib clip lagi la susah nak bukak tengok belakang. So saya suggest, letak perforated / tear here line kat tengah-tengah Bib so kalau emergency, boleh siat terus. Kat belakang tengok nombor dan size nombor mesti besar gila. Rujuk line kuning tu sebagai contoh tear here. Alah, cam kat surat lambat bayar loan tu dari bank. Tempat putus-putus tu kita siat. Cam tu la lebih kurang.

Screen Shot 2017-07-18 at 1.28.35 AM

Ni contoh kat belakang.

Screen Shot 2017-07-18 at 1.32.40 AM

16. Bendera Negara

Satu lagi benda boleh letak adalah bendera Negara. Yang ni esp. Race besar sebab international level. So Runner dari luar negara kalau join depa leh letak bendera negara depa. Semangat kut. Kalau race kat level Malaysia letak bendera negeri pun boleh jugak apa. Idea ni Mr. Remin yang bagitau saya.

Screen Shot 2017-07-18 at 1.43.51 AM

17. Night Reflector

Untuk race yang malam, cantik jugak kalau ada reflector pada bib. So boleh apply pada spot-spot tertentu yang prominent.

18. Timing Chip

Ni standard la. Kat belakang. Sebab ada no emergency besar tu so kena placement tepi sikit dan tak menutupi emergency contact number.

19. Warna

Akhir sekali, warna. Bab ni subjektif la biasa ikut warna rasmi race. Tapi kalau boleh tak payahla letak semua warna pelangi atau semua warna dalam dunia ni. Tak payah lebih dari 2 warna dah ok dah (tak termasuk warna putih). Dan bila apply warna ni, jangan lupa make sure dia tak menyebabkan nombor bib tu tenggelam. Misalnya warna base biru tua, guna warna font bib hitam.

Basically ini sketches final untuk berangan ada race marathon di Kinrara ni, bila dah design2 saya buang QR code tu. Menyampah lak tengok. Macam la ada orang nak scan.

Screen Shot 2017-07-18 at 2.31.22 AM

Ini pulak version dark yang in case kalau saya dah kaya raya dengan Bitcoin dan tak perlu sponsorship boleh organize race sendiri ikut suka hati mak bapak. Line oren tu kalau kategori 21K mungkin biru, 10K  mungkin hijau ke. Pastu saya ada tambah Pen / Lorong kat sebelah start / flag off tu.

Screen Shot 2017-07-18 at 3.17.10 AM

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 42K bagi mencapai SUB5 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_

Comments 2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *