Macam mana nak lekatkan bib pada baju supaya center

IMG_2165

Saya biasa buat ni tapi tak pernah pulak teringat nak update kat blog. So masa flatlay sebelum race semesta, saya amik gambar untuk explain macam mana nak lekatkan bib pada baju tanpa guna pembaris.

Pertama, barang-barang dia.

1. Baju larian

2. Bib

3. Bib clip / pin

4. Hati yang kasyaf

Kedua, cara-cara dia.

1. Bentangkan baju atas lantai atau meja. Ikut suka hati, tapi make sure baju tu memang flat atas lantai dan jangan ada lipat-lipat atau kedut-kedut.

2. Tengok pada baju tu, bahagian kolar atau round neck. Setiap baju mesti dibuat simetri. Tak ada baju yang tak simetri. Maka, ambil perhatian bahawa kolar atau round neck ini adalah guide untuk anda lekat bib.

3. Ambil bib. Letak bib ini depan anda. Pastikan anda tengok bib ini betul maksudnya bukan terbalik.

4. Flip bib ini keatas, dan letak pada round neck tadi.

IMG_2158

Processed with VSCO with a8 preset

 

5. Adjust bagi centre. Kawasan antara round neck tadi menjadi guide untuk anda bahagi sama rata kedudukan bib.

6. Setelah puas hati agak macam dah centre, flipkan bib ke bawah. Sepatutnya bila anda flib bib ni kebawah, bib akan berada pada kedudukan tengah dan betul dimana nombor bib semua anda boleh baca.

Processed with VSCO with a8 preset

7. Bangun atau berdiri jauh sikit dari baju dan bib, tengok sama ada betul-betul center atau tak bib tu interm of kiri kanan dia. Atas bawah tu tak kisah sangat sebab ada orang suka letak bib di dada mana kala ada yang suka letak di perut. Ada juga yang suka letak lagi bawah untuk cover bebird esp. kalau pakai seluar burung.

8. Kalau masih tak center, anda boleh adjust-adjust sikit.

9. Macam mana nak pastikan betul-betul tengah atau tak? Pertama tengok space kiri kanan tu mesti balance. Boleh amik iPhone atau telefon untuk letak dan agak-agak ruang dia sama banyak.

10. Kedua, tanya hati anda sama ada dah balance ke tidak. Kalau banyak buat dosa, jawapan memang lambat sampai. Tapi kalau hati bersih dan suci dari noda, hati akan bagitau terus.

11. Bila dah puas hati, ambil bib clip atau pin dan mula lekatkan bib pada baju. Masa step ni kena hati-hati sebab biasanya waktu ni la yang membuatkan bib yang dah kat tengah lari sikit ke tepi.

Take note satu lagi biasanya syaitan akan buat anda sangsi waktu ni. Syaitan akan sentiasa membisikkan kepada anda bahawa masih tak center. Kalau tak upaya nak lawan godaan syaitan, boleh panggil orang lain dan tanya center ke tak.

Selamat mencuba dan harap tips ini membuatkan bib anda sentiasa berada di tengah-tengah, sama adil, sama rata, sama saksama.

Kongsi di :

Comments 2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *