Majalah Larian di Malaysia

Salah satu sumber yang saya baca untuk lebih faham tentang “Larian”, adalah dengan membeli majalah yang berkaitan dengannya. Maka, di Malaysia, so far yang saya tahu, cuma ada 3 yang tercapai oleh kita.

1. Running Malaysia

Processed with VSCOcam with f2 preset

Majalah ni keluar 2 bulan sekali. Sebabkan dia keluar 2 bulan sekali, kadang-kala saya terlepas beli. Untuk detail tentang majalah ini, saya pernah tulis dulu disini. BTW, harga dia RM12.00 senaskah. Yang terkini baru issue #9.

2. Asia Trail

Processed with VSCOcam with f2 preset

Yang ni semalam baru saya tahu kewujudan dia. So saya tak habis baca lagi. Tapi sekali imbas, saya tengok dalam dia adalah berkenaan dengan trail running yang ada di Asia. Kira 4WD masuk hutan untuk larian lah. Spektrum Asia Trail lebih luas. Bukan setakat di Malaysia, tapi di seluruh empayar Asia. Berita meliputi Hong Kong, Singapore, Malaysia, Thailand, Indonesia, Philippines dan Taiwan. Ada digital edition, boleh pergi sini. Harga senaskah RM 12.00 juga. Dan yang terkini adalah issue #10.

3. Runner’s World

Processed with VSCOcam with f2 preset

Terakhir, Runner’s World. Berbanding dua yang atas, saya rasa ini adalah pemenang. Seperti membaca magazine GQ versi lari, Runner’s World memang padat dengan macam-macam hal pasal lari. Info, graphic, presentation, taste dia, memang tinggi. Yelah. Oversea punya magazine. Bila kita boleh lawan depa ni? Anyway, harga senaskah adalah RM23.50 dan sekarang adalah issue yang ke saya pun tak tahu.

Oh ya, daripada 3 majalah yang saya baca bulan ni, saya dapat tahu yang NIKE PEGASUS sudah version 32. Mo Farah bagitau saya. Saya cakap, jangan macam ni bang…. PEGASUS 31 saya tak haus lagi………………..



Kongsi di :