Mandi Garam selepas lari

Saya tak pernah buat ini. Tapi ayah angkat saya pernah cakap hal ini. So, lepas 10K Melawati, saya cuba dan nak lihat hasilnya bagaimana. Oh ya, sebelum tu, mandi garam ni bukan mandi campur garam yang guna untuk masak tu. Ini garam khas namanya Epsom Salt.

Pertama, sebelum detail cara dan bagai, saya listkan dulu faedah-faedahnya mandi garam Epsom ini. Semua ini saya translate dan kumpul dari apa yang saya baca sebab saya bukan doktor.

1. Merehatkan badan

Epsom Salt larut di dalam air panas. Melalui air ini, khasiat Epsom Salt ditransfer kepada badan kita. Apabila Epsom Salt larut, ia akan menyebabkan ion magnesium terbebas dari molekul Epsom Salt, dan ini akan menyebabkan penghasilan “serotonin” dan mengurangkan efek adrenalin. Selain itu, ion magnesium adalah pemangkin kepada penghasilan tenaga dalam sel.

Screen Shot 2015-05-25 at 9.48.00 PM

So, elok sangatlah tu, badan pun dah letih, tenaga banyak keluar lepas lari, berendam dalam air Epsom Salt memang menenangkan badan.

2. Mengurangkan kesakitan dan kekejangan otot

Khasiat Epsom Salt juga mengurangkan ketegangan otot, kesakitan dan kekejangan serta otot bengkak. Merendamkan badan dalam air yang dicampur dengan Epson Salt boleh mengurangkan kesakitan dan kekejangan otot dalam kadar segera.

Of course, ini sangat penting bagi runners yang push to the limit sampai kaki cramp.

3. Muscle Nerve Function

Epsom Salt juga membantu mempercepatkan fungsi enzim, melancarkan perjalanan bendalir dalam sel, dan membantu badan untuk memaksimumkan penggunaan kalsium agar merembes signal-signal kimia didalam nervous system badan.

4. Arteri yang baik

Espsom Salt membantu peredaran darah dalam badan dan membendung kesakitan cardiovascular dengan mengurangkan bengkak dan melindungi ke-elastikan arteri. Arteri yang sihat mengurangkan risiko darah beku dan kerosakan pada dinding arteri. Merendam badan dalam air Epsom Salt 3 – 4 kali seminggu akan mengurangkan stress, menstabilkan tekanan darah dan memulih kesihatan cardiovascular.

So bila arteri baik, maka peredaran darah lancar. Bila darah lancar, oksigen cukup dan bila oksigen cukup, besok kalau nak lari tenaga banyak dan tak cepat letih.

5. Kandungan gula dalam darah

Penggunaan Epsom Salt juga membantu kestabilan insulin dalam badan sekaligus mengimbangi kandungan gula dalam badan. Maka, risiko diabetes kurang.

Ini penting bagi runners sebab kalau dah lari tu of course dok tibai air 100 plus la, revive la, itu la ini la. Semua tu kandungan gula dia tinggi. So garam lawan gula.

6. Mengurangkan lebam

Kalau lari sampai bengkak kaki atau lebam, Epsom Salt boleh membantu. Rendam kaki anda dalam air yang telah dicampur Epsom Salt dan ia membantu mengurangkan lebam dan bengkak.

Kalau kepala lebam make sure rendam jangan sampai lemas.

7. Kesihatan Kaki

Kalau kaki busuk atau ada fungal infection, Epsom Salt juga hero yang membantu dalam hal ini. Rendam kaki anda dan bawak bertenang. Tapi taklah baik selalu. Kena amal selalu baru risiko tu kurang. Kalau kaki busuk stok gaban, lebih baik jumpa doktor berdekatan




Kongsi di :