Marathon : 1964, Olympic + Tokyo

Tak pernah seumur hidup saya layan youtube Marathon, ini kali pertama dalam sejarah. Ada 68 runner dari 35 negara bertanding dalam olimpik 1964. Bib kat baju depa agak besar jugak dah lah kuning. Pelari juga ada yang terdiri dari tukang kayu dan mekanik.

Bila runner dari jepun lari awek-awek mula bersorak. Begitu juga dengan grandma. Manakala span air pula bentuknya macam nak letak telur. Air dituang dari gayung yang pemegangnya panjang. Air iso pulak siap custom dan ikut nama atau bib runner. Volunteer berebut untuk beri air mengikut tuan. Mungkin air telah dijampi jin totoro agaknya. Ada juga runner yang siap berhenti untuk minum air, maksudnya betul-betul berhenti. Ada juga yang siap berhenti mandi dengan gayung. Paling epik.

Muzik latar agak filem Bruce Lee atau Shaw Brothers. Sekali imbas macam godzilla nak datang serang jepun. Tali finishing halus gila hampir tak nampak. Scene-scene penamat sangat ngeri dan menyiksakan. Agak rasa seram masuk FM kalau tengok short film ni sampai habis. Kaki siap luka.

Anyway, enjoy.

Pemenang :

Gold : Abebe Bikila, Ethiopia
Silver : Basil Heatley, Great Britain, potong dekat Kokichi dekat corner lagi berapa meter nak habis. Kokichi #lega

Kokichi_Tsuburaya_1964c
Bronze : Kokichi Tsuburaya, Jepun, yang sangat traumatik – mental sebab kena tapau saat-saat akhir dalam stadium depan rakyat Jepun. Ini sangat memalukan beliau. Bertekad untuk buat comeback dengan berlatih gila babi tapi asyik cedera. Akhirnya pada tahun 1968 telah mengambil keputusan untuk bunuh diri dengan meninggalkan nota “Tidak boleh lari lagi”

RIP Kokichi. Semoga tuhan merahmati kamu. Saya simpati dan sedih atas apa yang berlaku kepada anda. Namun, dalam masa yang sama, saya kagum dengan semangat dan cara anda mengendalikan maruah anda. Bukan semua orang berani untuk bunuh diri kerana tewas. Bab tu anda akhirnya menang.

Kōkichi_Tsuburaya_1964

Maklumat Lanjut

Screen Shot 2016-08-17 at 12.04.58 AM

2. A study on the suicide of Kokichi Tsuburaya, a marathon runner Baca

3. Wiki Kokichi

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *