Meditation Pt 1 – Asal – asal

Saya sebenarnya telah belajar meditation sejak tahun 2005 lagi. Kali pertama saya diperkenalkan dengan meditation oleh seorang mentor, dan ketika itu, melakukan dengan disiplin, telah mengubah hidup saya secara total. Agak sukar untuk saya kongsi pengalaman itu disini namun meditation sememangnya mempunyai kesan secara saintifik dan spiritual kepada saya.

sufi-meditation-connect-one-heart-with-mentor

Malangnya saya ini jenis pemalas. Kadang saya buat, kadang saya tak buat. Biasanya saya buat bila hidup saya susah. Bila senang, saya lupa nak buat.

Untuk menjadikan sesuatu itu amalan, memang payah. Kepayahan itu bermula dengan mula-mula nak buat, dan nak maintain buat sampai bila-bila.

Tahun ini 2016. Maksudnya secara prinsipal, saya telah mengamalkan meditation sekejap buat sekejap tak buat, hampir 11 tahun lamanya. Seorang kawan saya, yang juga pengamal meditation, berkata kepada saya begini :

“Kalaulah kita buat meditation selama 11 tahun tanpa berhenti, aku ingat kita dah boleh ………..”

Bab titik-titik itu pun susah saya nak explain. Mungkin lain kali saya tulis bila posting tentang meditation ini sudah banyak dan basically buat anda yang membaca, faham apa itu meditation yang sebenarnya.

***

Saya memutuskan untuk menulis secara lanjut tentang meditation lagi. Mungkin dengan adanya posting-posting ini, mengingatkan saya tentang betapa perlu untuk saya berdisiplin, mengamalkan meditation setiap hari.

Apapun, satu persoalan yang penting antara kaitan meditation dan running sebenarnya ada kaitan. Kedua-dua aktiviti ini ada kaitan dengan nafas, dan memberi benefit yang besar kepada kita sebenarnya. Nanti kita sama-sama kaji.

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *