Memecah Kebuntuan 2 : Breaking 2 Edisi Sains

Wired ada buat satu video untuk mengkaji, apakah faktor untuk Breaking 2. Now ini summary dia.

1. Kasut

Kasut yang dipakai adalah kasut custom. Nike Vaporfly 4%. Apakah maksud 4%? So Nike ada outsource pada satu lab yang ada satu professor genius ni untuk study pasal kasut ni. So depa compare dengan 2 lagi kasut iaitu Nike Streak 6 dan Adidas Adios Boost 2. Kenapa 2 kasut ni, sebab elite pakai kasut ini dan buat PB paling pantas dalam 10 marathon paling top.

nike-zoom-streak-6

Adidas ni yang Dennis Kimetto pakai untuk buat World Fastest Marathon 2:02:57 di Berlin, 2014.

Screen Shot 2017-10-13 at 4.48.01 PM

Memula depa ingat kasut kena ringan boleh bagi laju, tapi bila depa kaji, sebenarnya faktor carbon fibre dan springy sole pada vaporfly yang bantu elite runner.

Semua kasut kemudian dipakai oleh test subject, lari 5 minit dan tengok yang mana paling laju. Ada 18 test subject lenjan semua kasut ni. Didapati, yang pakai vaporfly tu jimat tenaga average 4% berbanding kasut lain. So 4% bukan lagi laju 4%, tapi lagi jimat tenaga 4%. Bila lagi jimat tenaga, maksudnya boleh pergi lagi jauh, dan kalau jarak sama, means boleh pergi lagi cepat. Ergo, lebih laju la.

By the way, ini set kasut yang dipakai masa Breaking 2.

Screen Shot 2017-10-13 at 4.38.39 PM

So kesimpulan yang pertama : Kasut mesti power kalau nak lari laju. Kalau lari pakai kasut kungfu atau kasut riadah zaman sekolah…. emmmmmmmmmmmmm oklah untuk lari fun fun laki bini kita accept.

2. Route larian

Route larian pun bagi faktor. Sebab tu depa pilih Monza Track. Melalui route yang condition dia baik dari segi elevation, tempature, speed angin even corner pun bagi effect. Misalnya, lebih banyak corner sesuatu route, lebih banyak masa yang runner perlu ambil sebab masa corner tu runner kena slow down, atau, amik lajak yang lebih jauh.

Screen Shot 2017-10-13 at 5.04.32 PM

Route yang berbukit juga menyebabkan masa bertambah. Contohnya, route di Berlin. Sebabkan route dia kurang corner dan kurang berbukit (lebih flat), banyak rekod PB dibuat disitu termasuk WR untuk Marathon.

Screen Shot 2017-10-13 at 5.05.16 PM

Secara purata, elite runner lari lebih laju 81 saat di Berlin berbanding tempat lain. Malah, sejak 15 tahun lepas, semua rekod dibuat di Berlin.

Screen Shot 2017-10-13 at 5.08.19 PM

So kesimpulan yang kedua : Lepas ni kalau nak buat PB, kaji route larian bebetul dari segi elevation dan corner dia sama ada sharp atau tak.

Satu lagi benda yang depa highlight adalah suhu route larian tu. Bila lari, badan jadi panas. Bila panas dan kalau banyak, menyebabkan effect pada time. Suhu yang sejuk membantu runner mengurangkan panas. Ini menyebabkan mereka boleh lari lagi laju, dan lagi lama. Mengikut study, suhu paling ideal adalah bawah 50 – 40 Fahrenheit atau, 10 – 4 darjah celcius.

So kesimpulan tambahan : Untuk PB, lari tempat sejuk, atau kalau tak boleh sebab malaysia tade winter is coming, lari malam.

3. Pacing & Drafting

Salah satu faktor kejayaan PB oleh Eliud Kipchoge, adalah kerana ada Pacer yang konsisten. Pacer masuk keluar berganti-ganti untuk guide Eliud agar maintain pada speed yang sama.

So kesimpulan ketiga : Dapatkan khidmat pacer untuk PB. Takyah pening kepala tengok jam, hanya fokus pada larian dan fokus pada follow pacer.

Satu lagi adalah tentang lawan angin. Depa kaji macam mana nak minimizekan angin ni agar bagi Eliud lari dalam keadaan kurang lawan angin. Macam-macam bentuk depa buat, last sekali didapati bentuk arrowhead yang banyak belah angin.

Screen Shot 2017-10-13 at 5.19.10 PM

So kesimpulan tambahan : Make sure pace kat depan kita ramai la. Tapi kalau nak suh depa lari buat formasi kepala panah… hmmmmmm belanja teh tarik tak cukup boh.

Kajian sains ini tak berapa lengkap anyway sebab takde sebut pasal apa yang Eliud makan selama 2 tahun ni nak prepare untuk breaking 2. But anyway, something yang eye opener.

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *