Memecah Kebuntuan 2 : Hadiah

Part ni kena buat awal sebab kalau lambat rugi. So nak beli hadiah kena ada bajet. Ikut pulak tu hadiah apa nak beli. Now, saya dah decide nak hadiahkan Suunto Kailash, tapi saya tanak keluar duit banyak untuk jam ni. Sama seperti usaha Suunto Spartan saya tu, saya nak gunakan teknik yang sama. Sebelum tu, biar saya tulis dulu pasal Ethereum.

Ethereum

Hari tu Ethereum jatuh teruk. Pernah naik paling tinggi USD400 pada 12 Jun 2017 dan menjunam turun serendah USD145 pada 16 Julai 2017. Ini semua ada faktor dimana :

1. Ethereum wallet ada yang kena hack, Coindash, sebanyak 7 juta lesap
2. Bitcoin nak pecah 2

Sekarang, harga ETH semakin stabil sebab Bitcoin dah pun pecah 2, manakala cerita pasal wallet kena hack tu dah basi. In fact, melalui bacaan saya di web tertentu, telah ada signal untuk Ethereum naik semula. Ini screenshot dari web tersebut.

Screen Shot 2017-08-05 at 2.19.14 AMScreen Shot 2017-08-05 at 1.29.25 AM

Maksudnya dari 227 jadi 398 tu kira hampir 2 kali ganda naik. Cuma yang dia tak bagitau adalah bila. Harap dalam masa 11 minggu ni dia naik sampai 398 tu. Dan kalau jackpot, dia naik lagi sampai 600 (angan-angan).

But anyway, harga semasa ETH sekarang semasa artikel ditulis adalah USD223.

Harga Suunto Kailash

Sekarang mari kita pergi survey itu Suunto Kailash berapa harga dia. Suunto Kailash saya tengok dalam USD850. Anjing punya mahal. Kalau convert dalam RM3655.

Screen Shot 2017-08-05 at 1.34.03 AM

Berapa modal ada

Sekarang saya ada RM1400. Duit ni tenant masukkan baru ni duit sewa rumah. Rumah tu kosong dah 3 tahun akhirnya ada jugak orang sewa lepas saya pergi sana dan azan dalam rumah. So now RM1400 ni saya nak jadikan modal. Kalau ETH naik 2 x ganda, so RM1400 saya akan jadi RM2800. Masih tak cukup RM3600. Takpelah. At least dah ada sikit. Tapi kalau saya beli melalui pakcik saya, dia ada contact boleh dapat 20% discount. So kalau RM3600 diskaun 20% so boleh dapat RM2900 ++. Kena tambah sikit oklah tu.

Cara Nak Beli ETH

Sekarang saya nak beli. Saya akan sharekan cara-cara nak beli ETH.

Pertama, kena ada modal then modal ni beli Bitcoin dulu. Lepas beli Bitcoin, baru beli ETH guna Bitcoin ni. Lepas beli ETH, simpan dalam wallet yang selamat. Bila ETH naik harga, tukar balik ETH ke BTC. Kemudian tukar BTC tu menjadi RM. Itu summary dia. Ini pula detail dia.

1. So first, nak beli Bitcoin / BTC. Pergi luno.my. Register, get verified dan linkkan account bank maybank. Kemudian masukkan duit dari maybank ke luno, then bila duit dah ada dalam Luno, baru boleh beli BTC.

2. Bila dah beli BTC, take note yang BTC anda masih dalam Luno. Next anda nak kena beli ETH. Beli ETH di poloniex.com. Register dulu, then verified. Kalau dah verified, akaun dah aktif baru boleh login dan beli.

3. Now, transfer BTC dari wallet Luno kepada wallet anda di Poloniex. Make sure kepada wallet yang betul sebab dalam Poloniex ada banyak wallet, means bukan BTC saja. Ada wallet ETH la XRP la.  Lepas dah transfer, BTC, tengok kat Poloniex, BTC sampai ke tidak.

4. Bila BTC dah sampai di Poloniex, beli ETH kat situ.

5. Bila dah beli, sekarang nak kena amik balik ETH tu dan simpan kat wallet yang lebih selamat. Simpan kat exchange risiko tinggi takut exchange kena hack. Wallet yang selamat adalah contohnya exodus.io. Download dan install. Make sure ingat password dan 12 phrase recovery simpan betul2.

6. Bila dah ada exodus, transfer ETH dari Poloniex ke exodus. Make sure address betul.

Next, bila harga ETH dah naik dan nak jual, hantar semula ETH dari exodus ke poloniex. Jual ETH kat situ dengan cara menukar ETH kepada BTC. Atau, tukar ETH ke BTC dalam exodus itu sendiri. Tengok mana yang fee dia lagi murah tapi biasanya poloniex lagi murah. Seterusnya, bila dah ada BTC, transfer balik ke wallet Luno anda dan jual BTC tu untuk tukar dia jadi RM. Kemudian dah jadi RM, withdraw ke Maybank anda dan bersiap sedia untuk pergi kedai beli hadiah anda.

Kalau anda baru dengan crytocurrency ni, benda yang anda nak kena study adalah :

– Wallet ( tempat simpan coin)
– Verification ( exchange memerlukan anda untuk verified identity anda melalui telefon, ic dan sebagainya )
– Tempat monitor harga coin https://coinmarketcap.com/
– Private Key
– Recovery Seed / 12 Phrases
– Bitcoin dan Ethereum

Ada banyak video kat youtube pasal Luno, Poloniex dan Exodus. So kalau tak faham boleh cari dan google.

Risiko

Berikut adalah risiko dia.

1. ETH jatuh lagi teruk. Ada kemungkinan ETH jatuh ada kemungkina ETH naik. Tapi dari signal yang saya dapat ETH nak naik. So risiko dia ada. Kalau jatuh, duit anda akan beku dalam ETH dan kalau tanak rugi, kena tunggu ETH tu naik semula.

2. Tersilap hantar ke wallet. Ni jarang berlaku sebab address wallet panjang gila. Kalau tersilap jugak memang nasib anda malang.

3. Lupa password wallet. Ni mungkin berlaku kalau anda jarang-jarang buka wallet. So make sure ingat password sebab kalau lupa, panjang cita. Worst case tade login lega tapi kalau ada recovery seed / 12 phrases boleh usaha lagi.

Selain daripada ni saya tak nampak apa risiko yang bahaya. Luno tu saya dah pakai bertahun tak ada masalah. Manakala Poloniex pula adalah exchange yang terkenal. Pernah kena DDOS tapi lepas DDOS masih hidup. Manakala Exodus masih baru tapi wallet dia secured dan review positif. Selebihnya sila google sendiri. Ini adalah cuma cadangan sahaja dan bukan seruan. Risiko anda kena tanggung sendiri dan saya tak bertanggungjawab diatas kerugian anda. Good luck and all the best.

Log Pembelian ETH (untuk rujukan)

So tadi adalah cara-cara nak beli, dibawah ini nanti saya update log pembelian ETH saya untuk rujukan. Tak paham boleh tanya kat bawah.

1. Transfer dari Maybank ke Luno

5 Aug 2017, Sat, 01:53 3rdPartyTransfer
Favourite3rdPartyTransfer (BITX MALAYSIA SDN. B)
512xxxxxxxxx
514253527796
RM1,400.00 Successful
464xxxxxxx

2. Beli Bitcoin dari Luno

Price 12,289 MYR/BTC
Description Bought BTC 0.11392 for MYR 1,400.00
Timestamp 8/5/2017, 03:26

Credit BTC 0.11392

3. Transfer Bitcoin dari Luno ke Poloniex
https://blockchain.info/address/1JCnkLxW2ib546nckDdAve5YgpPnkibbpF
Fee : BTC 0.00000238

4. Buy ETH with BTC dalam Poloniex
Order #324640513669 to buy 1.52390384 ETH at 0.07835140 BTC placed.

5. Transfer ETH kepada Exodus
Screen Shot 2017-08-05 at 4.03.55 AM

DONE

Moving Forward

Tunggu ETH naik sampai USD398.50 dan jual.

(akan diupdate bila tiba masanya)

 

 

 

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *