Memecah Kebuntuan 2 : Pengenalan

Ada orang dah berjaya simpan 2 juta USD. Ada orang dah berjaya ada 2 bini. Ada orang dah berjaya HM SUB2. Saya belum lagi, dan masih terhegeh-hegeh. Ini adalah usaha saya kearah tersebut.

Prolog

Sebenarnya balik dari Tokyo hari tu mood nak lari saya memang turun kaw-kaw. Saya tak tahu apsal, tapi memang betul. Jujur saya katakan yang semangat saya nak meneruskan kehidupan larian tu tak berapa nak kuat macam sebelum pergi Tokyo.

Ada 2 race saya skip lepas Tokyo iaitu Pahang International dan PJ Half Marathon. Memang betul satu tu sebab baru sangat balik dari Tokyo, masih letih dan satu lagi sebab saya balik Raub ada urusan keluarga. Masalahnya juga, sudahlah skip race, training pun barai.

Bila saya semak balik training log saya di Strava, agak 2 bulan lebih saya tak berlari. Kalau ada pun rongak. Seminggu sekali pun dah mujur.

So saya refleks balik diri saya baru saya faham. Kalau saya tak letak challenge dalam diri saya maka saya punya mood dan will power nak struggle untuk achieve tu memang sayur. Bila tidak ada matlmat nak achieve, nak keluar rumah pakai kasut jogging tu memang malas gila.

So saya dah decide, saya perlukan cabaran baru. Dan cabaran baru ni saya agak 50/50 untuk achive. Tapi tak kisahlah. Saya akan cuba juga sebab yang penting usaha. Result tu biar tuhan yang tentukan. Apakah cabarannya?

#memecahKebuntuan2

Cabaran ini saya namakan “memecahKebuntuan2”. Cabaran ini adalah hasil inspirasi dari NIKE Breaking 2. Beza dia depa lari FM dan nak cuba break bawah 2 jam manakala saya cuma nak lari HM, dan cuba break bawah 2 jam.

So breaking 2 bagi saya adalah untuk HM.

Dulu memang ada cubaan nak SUB 2 untuk HM tapi cubaan tu tak berapa nak serius. Main cuba je dan main hentam #berharap. Kali ni ada beza sebab saya akan usaha dengan lebih disiplin dan lebih fokus.

Kenapa HM tak FM?

Otak lu kalau saya boleh breaking 2 FM saya duduk kat Kenya tau tak. Apa punya soalan da. But anyway, kenapa HM, sebab,

1. 10K saya dah SUB1. Dah few times dan PB 10K saya adalah 00:53:51.
2. 21K saya belum SUB 2. Dah beberapa kali saya cuba tapi masih gagal.
3. Biasanya untuk HM memang runner target SUB2 sebagai entry efficient runner.
Screen Shot 2017-08-04 at 11.51.05 PM

Rekod HM sebelum ini

Saya dah lari HM berapa kali ya. Jap. 6 kali. First time pada tahun 2015 NIKE WeRun KL. Paling last adalah 2XU Compression Night Run tahun 2016. Tahun 2017 tak lari HM lagi. PB saya untuk HM adalah 02:15:26 2016 SCKLM manakala PW adalah 02:57:47 2016 2XU Compression Night Run.

Kalau ikut kategori 10K, saya dah lari 8 kali, dimana cubaan kali 4 saya dah berjaya SUB1. Daripada 8 kali lari 10K, cuma 3 kali yang awal tu tak SUB1. Hmmm…. baru saya cam realize. Kira ok gak saya lari 10K rupanya.

So 10K 4 kali cuba baru SUB1…. 21K sekarang dah 6 kali cuba masih gagal. Mungkin cubaan ke 8 baru berjaya? Wallahualam.

Peer Pressure

Tekanan rakan sebaya memang ada dalam mencapai SUB2. Sebab dia En. Remin yang paling hampir dengan saya pun dah SUB2 walhal saya masih belum lagi. Kalau Pengurus Kelab Udiey tu usah cite la. Dia punya memecah kebuntuan sekarang FM. Bukan HM.

Tekanan tu memang ada sedikit sebanyak tapi bukan faktor utama. Faktor utama adalah untuk kepuasan diri sendiri sebab saya lari bukan nak lumba dengan orang lain, tapi nak beat diri sendiri. Rakan-rakan adalah inspirasi untuk SUB 2.

Ke arah #memecahkebuntuan2

Berikut ini saya senaraikan aktiviti-aktiviti ke arah memecahkebuntuan2.

1. Menyiapkan training Plan 
Training Plan untuk cabaran ini dah siap. Cumanya ada nak ubah sikit. Training Plan ini adalah 11 minggu. Training Plan ini bermula pada minggu 31 dan berakhir pada minggu 41. Bila dah confirm saya akan share. Latest by this weekend or Monday. BTW saya dah start training seminggu dah.

2. Sign up untuk race 21K
Yang ni pun saya dah sign up last week. Race yang saya pilih untuk #memecahkebuntuan2 adalah race Hari Sukan Negara.

Kenapa race ni?

Pertama, sebab race ni lagi 10 – 11 minggu iaitu pada 14 Oktober 2017. So 10 – 11 minggu adalah jarak yang sesuai dengan training plan yang saya buat. Kalau kira dari hari ni, ada 70 hari lagi nak menuju race day atau 2 bulan 9 hari.

Kedua, sebab tema race ini ada kena mengena dengan matlamat saya. Tema dia adalah “Break the National Record”. So walaupun tak dapat break national record, tapi saya nak break personal record.

Screen Shot 2017-07-31 at 12.28.07 AM

Ketiga, sebabkan race ni nak pecah national rekod, so route dia mesti 21KM ngam ngam. Lebih takpe jangan kurang. So tak payah nak risau lari under distance.

Keempat, level paling tinggi race ni 21KM, bukan 42KM. So 21KM atau HM adalah highlight utama race ni, so mesti depa fokus betul-betul untuk HM.

Kelima, organiser race ni cam power. Antara race yang group depa buat adalah Bangkok Midnight Marathon, Asics City Relay Bangkok 2016, True Thailand classic 2015, Liverpool tour 2015, The KOP run 2015, Cirque Du Soleil Quidam 2015. So kita boleh fokus on lari dengan tenang, tanpa fikir yang ada masalah lain timbul yang bakal mengganggu larian kita.

Keenam, race ni malam. So malam kurang panas sikit dan harap boleh membantu kepada SUB 2. Tak besar, sikit ada faktor dia.

Kalau anda nak sign up race ni, sila ke web mereka sini.

3. Interview dengan runner yang dah SUB2
Saya akan cuba dapatkan interview dengan runner yang dah buat SUB2. So hasil temubual dan interview tu saya akan sharekan di blog ini. Kita mesti amik pengalaman dan tips dari orang yang dah selalu SUB2 ni. Yang ini saya target boleh buat sebelum run hari race tersebut.

4. Mengkaji tips-tips untuk SUB2
Saya juga akan update kajian saya terhadap macam mana nak achieve SUB2. So apa yang saya baca saya akan post kat blog ni cam biasa.

5. Strava Running Team
Saya ada buat satu running team. Ini bukan running team official macam Conquer Running Team atau yang lain. Ini adalah sekadar team yang fokus untuk #memecahkebuntuan2 HM. Kira short term punya team la yg ada common goal. Jika anda ada menyimpan matlamat nak SUB2 HM dijemput masuk. Saya ada invite pengurus kelab Udiey masuk dalam group so kita boleh belajar dan tengok cara dia training canne. Tujuan dia adalah nak kasi semangat untuk kita yang belum SUB2 ni supaya achieve target sebab dalam club tu boleh tengok

Ini address club : https://www.strava.com/clubs/302399

memecahkebuntuan2

Please take note kalau join group ni mesti target nak SUB2 dalam tahun ni atau tahun depan bagi acara HM. So ada 2 tahun untuk dapatkan SUB2 tapi lagi cun kalau tahun ni kita dah achieve sama-sama. Take note jugak ni bukan club larian.

6. Hadiah
Kalau dah ada cabaran mesti mau ada hadiah. Tapi hadiah sendiri mau ingat la sendiri buat cabaran sendiri bagi hadiah pada diri sendiri. Kasut saya dah banyak ada malah kasut sponsor Asics tu pun tak habis pakai lagi dan kasut hadiah SCKLM Brooks langsung tak pernah pakai. So saya ingat saya nak bagi hadiah untuk diri saya kalau saya berjaya achieve adalah jam Suunto Kailash. Sebabkan cabaran ni memerlukan will power yang gila babeng punya power, so hadiah dia pun mesti up. Jam Suunto lari saya masih elok dan saya memang tengah dalam proses nak beli jam Suunto Spartan pakai Ethereum. So ada baiknya saya umpan diri saya dengan satu lagi jam untuk pergi mengembara. ( alasan )

Kenapa Suunto Kailash?

Jam ni jam rasmi Kilian Jornet. Kalau nak jadi cam Kilian kena ada jam ni. (alasan lagi). Boleh baca sendiri kat sini. Dah tulis dah. Canne nak gi CCC Mont Blanc kalau takde jam ni. Kang sesat. (sekali lagi alasan)

suunto-kailash-collection-570x380px-7r

Jam : Suunto Kailash
Jam : Suunto Kailash Pt 2 – Gunung Daik bercabang 3
Jam : Suunto Kailash Pt 3 – Barang baik mesti menang award

Ok ini saja pengenalan tentang #memecahkebuntuan2. Doakan saya berjaya dan kalau anda ada matlamat yang sama, jom kita sama-sama usaha.

Akhir Kata

2 adalah nombor yang sifatnya berpasangan. Mungkin sebelum ini saya gagal untuk achive SUB 2 sebab saya tak ada sparing partner untuk training sama – sama. Mungkin juga saya perlukan coach. Mungkin juga saya perlu berusaha 2 kali ganda dari biasa. Mungkin selama ini yang lari cuma zahir saya tetapi batin masih tidur.

2 adalah sesuatu yang menjadi halangan kepada hidup saya. Memecah kebuntuan ini, saya harap akan naikkan lagi level saya dari sekarang, ke level yang lebih baik dan bermakna.

Manusia tidak boleh putus asa, lebih-lebih lagi, putus esa.

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *