Memecah Kebuntuan 2 : Song 2

Hari ni saya dah start training. Secara serius. Last week cam malas-malas, tapi paksa diri keluar rumah. Minggu ni lain sikit. Semangat tu baru nak ada.

Bila saya fikir-fikir balik, sebenarnya target SUB 2 untuk HM saya ni macam agak gila jugak. Pertama faktor umur saya. Saya dah 38 tahun kut tahun ni. Dan saya mula lari, bukan dari umur 20-an. Saya mula lari tahun 2013. Tahun ni tahun baru tahun ke 4.

Faktor kedua pula adalah saya ada bad habit sikit. Saya merokok. Ini memang masalah besar. Kalau x-ray paru-paru mungkin pencemaran dalam dada tu agak tinggi. Nasib saya baik sikit saya mula merokok bukan di sekolah. Tapi sejak di universiti. Kira saya merokok sejak umur 19 tahun atau 20 tahun.

Saya pernah berhenti merokok sekali. Tahun 2008 tak silap. On the spot berhenti bila new year. Tak ada taper week. Tetiba je. Dan saya dapat bertahan selama 2 tahun rasanya. Lama jugak tu tapi lepas 2 tahun merokok balik.

Kelmarin ada berbual telefon dengan En. Remin. Basically panjang ceritanya tapi ada satu bab yang saya nak highlight. Nak buat SUB 2 memang bukan senang. In fact En. Remin pun baru sekali SUB2. 10K lain cerita. 10K sekarang kalau race memang SUB 1 dah, tu yang macam kena ada next level. Tu yang gila-gila mesti SUB 2 jugak tak kira apa jadi.

Saya ingat yang saya ada advantage adalah cuma semangat tu ada sikit. Saya setting minda agar umur dan merokok cumalah faktor atau element yang saya memang tak boleh nak control. Untuk jadi muda balik memang tak bolehlah. Kita bukan Benjamin Button. Untuk berhenti merokok……hmmmmmmmmmm…. susah sikit. So yang saya boleh control adalah semangat atau will power sahaja. Yang ini saya kena manipulate to the maks.

So itu membawa kepada strategi seterusnya. Macam mana nak guna semangat atau will power, sesuatu yang tangible, untuk go beyond, sesuatu yang dah termaktub dan tertakdir, limited. Macam mana nak go limitless. Ada tak dalam dunia ini kita boleh hack untuk achieve something yang impossible?

Fikir punya fikir last-last saya rasa tak ada gunanya juga, melainkan mula training secara serius dan selebih berserah kepada apa yang bakal ditentukan. Mana ada benda yang senang dalam hidup. Sebab kalau semua benda senang, apa value yang kita akan belajar?

Makanya kalau otak serabut dengan macam-macam pressure dan tekanan, saya ingat kena tune otak untuk berfikiran positif. Itu satu hal. Kedua, adalah untuk stay positif. So dua benda ni kena selalu training dalam kepala otak agar mental tak pecah. Consciousness kena pandai tipu Subconscious, supaya Subconscious, setting macam apa yang consciousness bagitau.

Saya ingat, tak payah nak perbesarkan pressure, atau apa perasaan resistance yang ada dalam diri yang menjadi masalah sangat dalam otak tu dengan mengambil kira semua benda terlalu detail. Just go with the flow, sebab, kalau kita dah usaha gila babeng pun last sekali kita tak berjaya, then there must be something yang god reserve for us.

In another word atau dalam kata lain, – it’s not my problem.

Ia adalah masalah tuhan kerana tuhan yang beri masalah itu, lalu kepada tuhanlah kita pulang masalahNya. Mungkin kena treat badan ini cumalah vessel yang sementara dimana banyak benda yang akan datang dan singgah untuk seketika sebab yang kekal, hanyalah Satu.


Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *