Memecah Kebuntuan 2 : Tips dari Coach Edan Syah

IMG_1139

Makanya nak dijadikan cerita, melalui invitation launching oleh Asics itu dapatlah saya berpeluang untuk bertanyakan tips bagaimana nak lari SUB2 untuk HM daripada coach Edan Syah. Of courselah, kita nak kena risik juga canne pro athlete buat walaupun kita belum tentu boleh buat ke tidak.

Sedikit background Coach Edan, PB beliau untuk HM adalah 1:15:09 di Gold Coast Airport Marathon tahun 2015. Boleh baca detail lagi disini.

Bagi kategori FM pula, PB Coach Edan adalah 02:30.53, ini bermakna untuk pelari Malaysia, (kalau saya tak salah lah) Coach Edan no 2 selepas Leo Tan Huong Leong, 02:28:19, dan Muhaizar, 02:31:52, no 3 terpantas setelah PB di Sukan Sea tempoh hari.

Harap satu hari boleh jumpa Leo dan Muhaizar lak untuk tanya tips.

OK.

So saya dapat peluang untuk berbual dengan coach Edan. Basically saya bagitau dia yang saya baru 2 kali FM iaitu di Bali Maybank tahun 2016 dan Tokyo Marathon 2017. Beliau tanya catatan masa saya berapa, saya bagitau yang Bali tu 6 jam 20 minit manakala di Tokyo 5 jam 6 minit.

Beliau tanya saya berapa catatan masa HM saya. Saya bagitau PB HM saya setakat ni adalah 2 jam 15 minit di 21K SCKLM 2016, manakala Strava Best Effort saya adalah 2 jam 8 minit yang saya buat masa lari di 42K Tokyo Marathon.

Beliau tanya lagi, bagaimana dengan 10K saya. Saya bagitau yang 10K saya dalam 53-54 minit. Dia kata, kalau timing 10K macam ni, patut tak ada masalah untuk SUB 2 Half Marathon. Saya kata yang tapinya saya dah tua. Umur dah 38. Dia kata itu tak jadi masalah sebab ada student yang masuk program training dia ada yang umur 50 lebih masih boleh buat SUB 2 HM.

Saya tanya coach, apa strategi untuk SUB 2 HM. Macam mana nak buat. Adakah nak maintain pace 5:42 dari awal sampai habis, atau split first 10K lain next 10K lain then last 1K lain. Coach bagitau yang itu depends pada kita sendiri. Kita sendiri yang tahu diri kita macam mana sama ada jenis yang boleh maintain pace, atau jenis yang simpan power dulu then last baru all out.

Coach tanya training saya macam mana. Saya bagitau yang saya train dah masuk 3 minggu. Coach tanya training plan amik dari mana? Saya bagitau yang saya buat sendiri training plan ikut hati saya. Coach hanya ketawa. Dia bagitau kalau boleh cari training plan yang betul2 proven (dan saya rasa betul juga cakap coach ini) sebab training plan yang kita buat sendiri ni belum tentu betul atau tak. Ada kebenarannya di situ kata hati kecil saya.

Saya bagitau coach yang konsep training plan saya adalah untuk achieve pace 5:42 dan kemudian bila dah boleh lari 5:42 untuk 20 K, mungkin saya boleh lari 21K dengan pace 5:42. Coach kata ada cara yang lebih effective dimana kita train smart, instead of train hard.

Bila sampai part ni, penerangan Coach Edan, menjadi lagi menarik.

Dia tanya saya, tahu tak pasal aerobic dan anaerobic. Saya kata tau. Aerobic adalah larian guna udara manakala anaerobic adalah larian menggunakan glycogen. Larian anaerobic, bermula pada heart rate 80% maksimum.

Coach kata, pada dia, anaerobic adalah ibarat bank. Masa kita lari, kita invest on anaerobic kita walaupun kita lari aerobic sahaja. Ibarat kata, kita simpan duit dalam bank aerobic. So nanti masa hari race, kita guna duit kita dari bank anaerobic ini. Masalah dengan training plan yang saya buat ikut suka hati tu adalah, saya dah menggunakan duit investement saya dulu kaw-kaw sebab saya nak replicate pace 5:42 tu, so dikhuatiri nanti kelak masa hari race, bank saya akan bankrupt sebab semua duit dah diguna pakai.

Saya fikir make sense juga apa yang coach cakap.

Pertama, saya ni dah 38 tahun. Saya ingat kalau saya nak train pace 5:42 dari 1K, pegi 5K, then 10K then 15K, last sekali 21K, MUNGKIN BOLEH, tapi maybe 10 minggu tak cukup. Mungkin setengah tahun baru boleh. So faktor umur bagi saya menyebabkan saya memerlukan lebih banyak masa untuk training berbanding runner yang umur dia lebih muda misalnya 20 tahun ke.

Kedua pula, dah 3 minggu saya mula train, dan memang tak dinafikan yang saya agak letih. Walaupun 3 minggun ni saya baru training 5K pada setiap larian, saya masih gagal untuk capai pace 5:42 dalam 5K saya.

Ini screenshot 3 minggu training saya. Masih tak dapat pace 5:42. Walhal masuk minggu ke 4, saya dah nak kena start lari 8K – 10K sekali lari.

Screen Shot 2017-08-26 at 4.25.55 PM

Coach bagitau yang dia lari pace aerobic lama untuk build ketahanan dia tak silap saya 4-5 tahun. Melalui apa yang coach cakap, sefahaman saya, aerobic run sangat penting untuk membina asas kepada larian yang lebih baik.

Satu lagi hal adalah kepentingan Heart Rate dalam larian. Coach tanya lari pakai Heart Rate tak. Saya bagitau yang Suunto saya ni ada Heart Rate tapi lately saya malas nak pakai sebab leceh macam pakai bra. Coach ketawa lagi. Coach bagitau yang masa training kena amik data Heart Rate. Menurut coach, data Heart Rate dia 5 tahun dulu pun masih ada dia simpan dan daripada itu dia monitor dengan betul. Saya kata saya memang ada template untuk simpan semua ni malangnya part Heart Rate tu saya tak buat sebab tak pakai Heart Rate masal lari.

Perbualan kami agak panjang juga namun last sekali coach ada pesan. Kalau ada masa, joinlah SAC program coach. Disitu ada banyak benda yang boleh dipelajari. Saya ada bagitau yang saya ada juga berminat nak join sebab kawan saya Lina J. dah masuk program ni. Tapi masih tak berkesempatan. Lagipun untuk Q3 punya session dah tutup. Kena tunggu Q4 kalau ada.

Screen Shot 2017-08-26 at 4.35.52 PM

Anyway, perbualan dengan Coach Edan bagaimana nak SUB 2 HM pada saya sangat bermanfaat dan banyak memberi perspektif kepada saya.

Moving forward, saya kena decide macam mana nak alter training plan saya agar jangan banyak sangat guna glycogen anaerobic. Ada 8 minggu lagi sebelum race 21K HSN.

Thank you coach for the good advice.

Setelah bersalam dengan coach dan staff Asics, serta Maisarah, saya mengundur diri.

IMG_1150

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *