Mengambil panduan untuk hal yang seterusnya

Biasa dalam hidup kita ni akan sampai satu tahap kita tepu dalam apa yang kita tengah buat. Benda tepu ini berlaku adalah kerana 3 perkara pada pendapat saya.

a. kita dah achieve target dalam apa yang kita buat tu
b. challenge dalam benda yang kita buat tu dah tak berapa nak jadi challenge
c. benda yang kita buat tu jadi rutin which mean menjadi norma biasa sesuatu yang kita buat sambil pejam mata pun ok (dah boring la)

atau

a. kita usaha bagai nak gila tapi kita tak dapat achieve target kita
b. challenge dalam benda yang kita buat tu makin lama makin sukar dan sulit macam….. demmit betul la kenapa la universe ni paling nasi himpit kat aku ni?
c. walaupun benda yang kita buat tu rutin, tapi disebabkan kita tak “master” apa yang kita buat tu maka kita rasa boring asyik try benda yang sama tapi tada hasil

Dalam hal larian saya, saya menjadi tepu kerana telah mencapai target saya iaitu untuk lari di Tokyo, atau, menyertai satu race level world major. Dalam masa yang sama juga, kerana had umur yang semakin meningkat, challenge untuk mendapatkan PB dalam setiap race saya nampak makin lama makin tak realistik atau, dalam erti kata lain, fizikal dan energy saya dah mencapai tahap paling maksimum saya boleh pergi. Dan juga, oleh kerana selama 1400 hari minda saya memang 200% pada hal larian, akhirnya balik dari Tokyo saya mengalami ketepuan abadi. Bayangkan…. 1400 hari dalam kepala pasal lari? Sib baik placement larian tu kat positif. Kalau negatif?

Hasil dia, saya mengambil keputusan untuk berehat bersama kitkat sebaik balik Tokyo. Itu pasal la lepas je Tokyo Marathon, momentum larian saya semakin menurun hingga akhirnya menjadi kelab punctuality zero.

Bagi anda yang mengikuti instagram saya, anda akan dapati yang sebaik berhenti lari, saya mula belajar menunggang motosikal dan hasilnya saya termengembara satu semenanjung malaysia secara solo selama 9 hari. Dan ada beberapa benda lain yang saya buat lagi which is menjadi penanam tomato, mengabdikan diri dalam bidang pertapaan pada malam hari, belajar main piano, membaca kitab-kitab moden dan komik, selain dari membuang masa menonton netflix dan sebagainya.

Now…. dalam sela masa berehat 780 hari (rujuk posting sebelum ini) saya ada berfikir sama ada nak continue lari semula atau terus pencen sahaja. Dalam pada fikir-fikir itu, saya ada membaca (sebenarnya mendengar audio book) satu buku ini tentang bagaimana nak buat decision yang tepat untuk next phase. Kira, apa step yang kita nak kena amik kalau kita nak buat something in future lepas kita buat something in past.

Mula-mula, kita kena buang semua distractions yang ada pada hidup kita. Which mean benda-benda yang low impact towards positif dalam life misal kata, berenti gossip, berenti buat keje lagha…. berenti hal2 mengarut dan sebagainya. Rasa benda ni mengacau dan sia-sia, so kita stopkan. Potong  hal-hal yang boleh divert attention kita. Hasil daripada ini, kita akan dapat sedikit kelegaan masa dan tenaga, which mean, kita bagi space atau time untuk diri kita betul-betul berfikir, amenda aku nak buat next ni? Bila kurang distractions, fokus keluar tu dah takda, kita sebenarnya tengah focus pada dalaman kita, so minda kita boleh betul-betul reflect mencari jawapan yang tersembunyi dalam diri kita.

Next, kita tengok pulak pattern yang ada dalam hidup kita. Ibarat kata Arwah Steve Job, hidup ini ibarat menyambung titik. Dari satu titik ke satu titik, last sekali menjelmalah wajah dari sambungan titik-titik tersebut. Basically tuhan dah tunjuk dah peta minda kehidupan pada kita ini cumanya kita tak perasan atau kita tak anticipate on what is next tu sebab benda ni sangat memerlukan skill dan penelitian dalam memahami bahasa alam. Tapi tak kisahlah. Yang penting, kita tengok kebelakang kita, dan kita agak atau estimate kedepan kita kemana. Secara methaphornya, kita ni macam anak panah. Tuhan dah tunjuk dah target dia. Sama ada pertama kita perasan ke tidak target tu dan kedua kalau dah perasan, sanggup tak nak pergi?

Now, ini part yang lebih deep. Benda next yang kita nak buat tu, mesti mau menjawab persoalan dalaman kita yang terpaling dalam. Which mean, benda yang kita nak buat tu cumalah content semata tetapi context kenapa kita buat tu, dia punya deep menyelesaikan misi kita sebagai manusia tu memang bukan setakat level : another level… tetapi level beyond. Sebab kalau benda next yang kita nak buat tu cuma suam suam kuku, kita sebenarnya menganiaya diri kita sebab ia adalah satu lagi projek gajah putih yang membuang masa dan tenaga. Dan pentingnya benda ini kena deep dengan kita (which mean lantak lah kalau tak deep pada orang lain pun) adalah kerana ia akan menimbulkan will power yang kuat untuk kita kasi settle benda ni. Baru ada motivation nak pergi. Kalau tak…. hmmmmmmmmmmmm

Satu lagi step adalah gathering info atau mengumpulkan data dan maklumat melalui kawan-kawan kita yang rapat dengan kita, instead of kita ada seorang guru yang kita ikut apa dia cakap. Sebab dia, guru ni kalau guru yang kita betul-betul bai’ah lain cerita tapi kalau setakat guru ni guru internet baik toksah mengarut. Sebab guru internet ni cuma dia yang hadir dalam kita, sebaliknya kita ni tak hadir dalam dia. Maksud saya, kalau nak dengar pendapat guru, baik guru yang ada relationship dengan kita. Baru energy yang transfer tu lain machiam sikit sebab dia dua hala, bukan sehala. Dan kalau takda, itulah gunanya kawan-kawan. Dan kalau kawan-kawan pulak, kalau boleh dengar kawan-kawan yang level believer pada kita. Bukan yang level asyik nak kondem kita walhal dia tu tak kemana pun. Kalau dia kondem kita tapi level dia lagi up dari kita ok jugak. Basically proses gathering info ini akan memberikan clarity kepada kita dengan lebih jelas lagi what is next.

Terakhir, jangan gopoh-gopoh nak decide kalau benda yang nak buat ni impact dia dalam life kita ni memang besar. Take your time. Relax. Kaji dulu. Tengok risk dia apa. Apa benefit dia, banyak ke tidak…. pendek kata make it solid. Mesti ada timeline yang clear so baru kita nampak macam mana nak proceed dan mana nak buat dulu mana yang tidak.

OK.

Bagi saya dalam apa yang saya nak buat dalam next phase dalam chapter larian saya sebenarnya saya dah decide lariansebuahkitab 2.0 ni apa kebendanya. Tapi nanti laterlah saya tulis sebab posting ni panjang beno.

Apa yang penting, ke arah lariansebuahkitab 2.0, saya dah pun mula lari balik. Kira saya restart la. Ada dulu saya tak ingat sama ada di blog ini atau di instagram ada seorang ini tanya saya. Boleh ke start larian pada umur 40 an? Saya minta maaf sebab saya rasa saya macam tak jawab sebab masa tu nak jawab last2 lupa. So kalau anda masih membaca blog ini, ini jawapan saya.

Boleh.

Ya, boleh kita start lari walaupun umur kita 40 an. Tapi kena ingat la. Kita 40 an, kena buat cara 40 an. Jangan la start lari 40 an, tapi gaya macam budak muda 20 an. Tak terkejo kita yeop. Ikut pace kita. Dan sentiasa ingat. Being a runner is not about to become the first among others. It is about becoming the best out of ourself.

Kalau kita lari berlumba dengan orang saya rasa itu sekadar level biasa sahaja. Yang luar biasa adalah berlumba dengan diri sendiri. Itu yang paling susah kita nak kalahkan.

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *