Mengingat Matlamat Pt 2

Saya baru sampai dari Raub dan sekarang berada di rumah di Kinrara. Patutnya nak ke singgah ofis tapi bila syaitan bermaharajalela di hati, agak meniupkan unsur-unsur kemalasan yang sangat padat. Oleh kerana ada unsur nak ponteng kerja, ada baiknya saya buat matematika larian. Berikut adalah algorithm larian yang harus diselesaikan hari ini, sebelum deployment diteruskan.

1. Total distance tahunan
Target total distance 2016 iaitu 999 KM + 134 KM, dimana sekarang baru 479 KM berbaki 520 KM + 134 KM

Penyelesaian :
a. Ada berapa hari lagi nak ke 31.12.2017? Kira disini
Jawapan : 110 hari

screen-shot-2016-09-13-at-3-14-13-pm

b. Ada berapa KM lagi nak kena lari?
520 KM + 134 KM = 654 KM

c. Kalau pukul rata, sehari nak kena lari berapa KM?
654 / 110 = 5.95 KM = 6 KM

d. Bolehkah anda lari 6KM sehari sampai 31.12.2016 tanpa skip sehari pun?
Errrrrr….. saya cuba (tipu).

e. Seminggu berapa KM nak kena lari atleast?
Yang tu kena kira berapa minggu lagi tinggal sebelum new year. Sat aa…

screen-shot-2016-09-13-at-3-18-58-pm
16 minggu lagi. Tapi jap. Kenapa ada nama Syed dalam google ni?

So, 654 / 16 = 40.87 km seminggu lebih kurang jarak FM setiap minggu

Katakan begini,

Isnin – Rest Day
Selasa – 5 KM
Rabu – 7 KM
Khamis – 10 KM
Jumaat – Rest Day
Sabtu – 10 KM
Ahad – Long run, dalam 15 KM

Total seminggu lebih kurang : 47 KM…. lebih sikit takpe nanti nak top up hari ponteng.

Kesimpulan :
Boleh tak achieve target tahunan ni?
#masihadaharapan

2. 12 race setahun
Masuk 12 race dimana sekarang masih berbaki 2 race lagi

Penyelesaian :
Yang ni macam muka ada sinyum sikit. Sekarang dah 10 race. Hari tu dah sign up untuk Kuala Kangsar Birthday Diraja, maka dah 11 race. So nak kena sign up satu lagi race untuk bulan december.

En. Remin ada cadangkan yang hujung tahun ni ditutup dengan runcation Surat Half Marathon. Itu pada 11 December 2016. Ini gambar yang En.Remin bagi tru whatsapp.

unknown-1 unknown
unknown-2

Model win, medal pun win. Yang tak win adalah ekonomi saya. Tahun ini dah 3 kali lari kat luar negara. First Tarutao Thailand. Kemudian Great Ocean Aussie. Last hari tu Bali. Total damage semua ni boleh pergi umrah 7 kali.

Kesimpulan :
Makanya (keputusan saat ini sebab mana tau tiba-tiba ada magic berlaku saat akhir) saya mungkin akan sign up race dalam Malaysia sahaja. Sebabnya kalau saya lari kat oversea juga untuk kali yang keempat dalam satu tahun, agak Paris Hilton juga gaya hidup tu so saya rasa kena save duit sikit untuk tahun depan sebab realitinya tak berapa nak Paris Hilton lagi.

So saya akan tengok dalam bulan december ni race apa yang menarik. Setakat saya usha, 2XU Night race macam mari. Sebagai pengguna seluar burung, saya macam terpanggil untuk masuk race ini.


3. Sub 2 untuk 21K
Sub 2 untuk 21K, PB untuk Half Marathon saya adalah 2 jam 15 minit. Kena buang 15 minit atau 3 – 4 KM lagi.

Feh. Yang ni memang berat sikit. Nak buang 15 minit tu agak challenging jugak. Plan asal konon nak Sub 2 HM baru sign up FM. Tapi sebab gagal Sub 2 dalam 2 race HM iaitu Nike dan SCKLM, saya ingat kalau saya tunggu jugak mau tua HM je sampai kiamat tak masuk FM.

So since ada lagi 16 minggu nak new year, agak positive thinking juga nak achieve Sub 2 ini. Maksudnya ada jumlah minggu yang cukup untuk training. Sama ada saya kena cari training plan yang sesuai atau ambil risiko dengan cipta training plan sendiri yang itu saya decide kemudian.

Kesimpulan :
Race 2XU ada 21K. Event malam hari. Bila malam kurang panas. Bila kurang panas #harapberikelebihan. Event di Putrajaya, so nak pi tak jauh mana. OK. Rasa nak kena sign up dah ni at least dapat burung awal.

2XU race adalah pada 17 December 2016. Register sini.


4. Meditation 3000 minit
Meditation, baru 737 minit, berbaki lagi 2263 minit. Yang ini takleh nak kata apalah sebab salah sendiri. Disiplin mau kuat sebelum tidur nak kena buat.

Kalau ada 110 hari lagi, means, sehari kena meditate 20 minit sehari at least. Yang ni memang salah sendiri sebab tak istiqamah. 20 minit sehari macam achievable lagi sebab tak sampai 1 jam kena meditate sehari. Kalau dah 1 jam tu agak sengal-sengal candy juga.

Kesimpulan :
Jangan banyak cite, sila buat.

***

Saya ingat sekian sahaja matematika larian saya. Patutnya saya tersedar bulan 6 hari tu tapi biasalah… al maklumlah kita semua manusia dan bak kata orang usrah, manusia ini banyak khilaf dia dan lagipun manusia hanya merancang. Sebaik-baik perancangan manusia, hebat lagi perancangan tuhan.

#buatyangterbaik #cubasedayaupaya #resultisdependsonmasterG

rw0416_mbd_01_2220

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *