Mengingat Matlamat

Saya di Raub balik beberapa hari untuk meraikan hari pengorbanan. Di masjid, imam besurah tentang kisah pengorbanan Habil dan Qabil dimana ada satu kelainan berbanding dengan kisah cliche Ibrahim dan Ismail yang disajikan hampir setiap tahun. Lalu saya terfikir, pengorbanan merentasi zaman rupanya. Dari zaman awal, hingga zaman pertengahan, dan ke hari ini.

Saya telah bercuti dari larian hampir 2 minggu. Kalau ikut rules of thumb, seseorang harus ber-recovery hampir 26 hari selepas Full Marathon.

Running Rules Pt 6 : Race Recovery Rule

Dan jika saya memilih untuk ber-recovery sedemikian rupa, nampaknya bulan September adalah bulan paling santai dari lari untuk tahun ini.

Tidak lari, sementara waktu, memberi ruang untuk saya berfikir semula adakah saya telah berjaya mencapai semua matlamat yang saya sendiri tulis awal tahun lalu? Adakah semua azam larian saya boleh disempurnakan menjelang tahun 2017?

Untuk itu, saya kembali mencari posting hujung januari lepas, dan saya telah menjumpai, dan update, sebegini :
screen-shot-2016-09-12-at-7-35-56-pm

Nampaknya perjalanan larian saya untuk tahun ini masih jauh. Saya belum selesai :

1. Target total distance 2016 iaitu 999 KM + 134 KM, dimana sekarang baru 479 KM berbaki 520 KM + 134 KM
2. Masuk 12 race dimana sekarang masih berbaki 2 race lagi
3. Sub 2 untuk 21K, dimana saya mengubah strategi dengan pergi dulu 42K sebelum mencapai Sub 2 HM. PB untuk Half Marathon saya adalah 2 jam 15 minit. Kena buang 15 minit atau 3 – 4 KM lagi.
4. Meditation, baru 737 minit, berbaki lagi 2263 minit.

Lalu untuk itu saya harus buat kira-kira (seperti biasalah) agar matematika larian ini paling tidak boleh membuatkan saya masuk 2017 dengan keadaan yang selesa dan tenang apabila semua matlamat larian saya berjaya disempurnakan.

Dalam perjalanan pulang dari masjid ke rumah, saya terfikir dan berpendapat secara peribadi. Sebenarnya tuhan tidak menolak atau menerima pengorbanan Qabil, tetapi Qabil sendiri tersedar bahawa pengorbanan yang dia lakukan adalah tidak ikhlas dan tidak sempurna, tidak setanding berbanding saudaranya Habil.

Kerana malu dengan diri sendiri, dan malu kepada Habil dan ibu dan ayahnya Adam dan Hawa, Qabil mengambil keputusan untuk membunuh Habil. Qabil tidak dapat menerima hakikat bahawa apa pun yang dia buat, dia tidak akan berjaya menikahi saudara kembarnya Iqlima.

Qabil mengambil jalan yang paling mudah dalam usaha menyelesaikan semua masalah hidupnya. Ini adalah contoh untuk seseorang yang tidak sanggup berkorban untuk “The greater cause and idea”.

Salam Aidiladha dari saya, dan keluarga. Selamat memotong lembu bagi yang berkeputusan sedemikian rupa.

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *