Menyusun kehidupan Pt 2

Sebenarnya saya sekarang macam dah gemuk sikit sebab lama tak lari. Agak lama jugak tu rasanya tahun ni paling hambar. Tak silap saya tahun ni race saya satu je SCKLM hari tu. Paling rekodlah. Saya ingat ini PB saya (PW sebenarnya Personal Worst) untuk kategori “Berapa race anda dalam masa satu tahun”.

Rasanya sebab masa saya tak berapa nak betul sekarang. 4 bulan lepas saya baru dapat anak kedua (mula nak bagi alasan la tu). Kali ni anak pompuan. Nama, Nia Ilka atau dalam bahasa mother-tonggek-melayu kita, Cahaya Terpaling Terang. Nia lahir masa hari raya hari tu, so saya ada tulis pasal ni di IG saya. Ni saya embed. Ada video Nia masa beberapa minit baru lahir.

So bila ada 2 orang anak kecik ni memang dia punya fokus sudah lari sikit. Kalau dulu biasa saya training lari ni malam, lepas balik keja sebelum makan. La ni bila balik kerja banyak habiskan masa dengan EL dan Nia.

EL pulak sejak ada Nia, dia punya perangai nak attention kita tu memang lain macam sikit. Jealous dia tu agak kuat ghupanya. So nak kena entertain 2 makhluk kecik ni agak hal baru bagi saya. So itu pasal la saya stop lari dan akibat dari itu, stop masuk race. Ini gambar terbaru Nia. Sekarang dah boleh mengiring menghampir nak meniarap. Dah berjaya 2-3 kali tapi tengok kepala macam berat je. 


View this post on Instagram

crouching tiger hidden dragon

A post shared by khairulazizi (@khairulazizi) on

Selain pulak dah ada anak baru, saya ntah macam mana tertambah satu hobi baru pulak iaitu ride motor. Awal tahun hari tu saya ada masuk kelas motor, amik B Full. Saya sebenarnya memang tak ada lesen motor, malah tak reti pun bawak motor. Saya fikir, sementara saya stop lari ni bagus kalau saya belajar benda baru maka tu yang terpergi kelas motor. Kelas motor tu hari sabtu dan ahad sampai lulus. Mula ingat nak amik kelas main piano tapi bila pergi kelas tu rasa cam ahli muzik dalam diri ni tak berapa nak kuat lagi.

Makanya, mengada pergi amik lesen motor juga antara faktor saya tak masuk mana-mana race tahun ini. Rasanya makan minggu jugak saya belajar motor ni. Daftar 26 Januari, lulus motor 20 April. Agak 4 bulan lamanya. Ye la… kaki pendek nak cecah tanah masa bawak motor bukan senang. Belum campur gigil lagi.

Lepas dah belajar motor dan lulus periksa ( 2 kali cubaan sebab first time jatuh titi ), sebab dah ada lesen la kononnya dah gatal pulak beli motor. Bila dah ada motor mula la nak pergi ride every weekend. Dah satu hal pulak, lagi la langsung tak ada nak pergi lari dah. Itu pasal saya kata awal tadi dah makin gemuk. Ini masa saya tengah survey nak beli motor apa. 


View this post on Instagram

Hmmmmmmmmmmmmmmmm #siribunyamindanrodakehidupan

A post shared by khairulazizi (@khairulazizi) on

Makanya, itulah dia serba sedikit update dan seribu alasan kenapa lama tak lari hence lama tak tulis blog sebab bila lama tak lari, nak tulis apa pasal lari pun dah tak ada idea.

***

Walaubagaimanapun, hujung tahun lagi 2 bulan sahaja. Ini bermaksud, cuti untuk lari saya dah nak habis. Next year saya plan nak aktif balik so insya allah, kalau Allah izinkan, saya akan kembali berlari semula. Next posting saya akan tulis persediaan saya ke arah itu apakejadahnya.

Anyway, terima kasih kerana masih membaca blog ni. Saya tengok walaupun saya tak tulis apa, hit blog ni sehari dekat nak 300. Ok la sebab saya dah lama tak tulis. Rupanya masih ada orang baca rupanya ingat dah fedup dah.

Terima kasih sekali lagi kerana setia menjadi pembaca. Insya allah saya cuba.

Kongsi di :

Comment 1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *