Merchandise : Poster 365/2016

FullSizeRender 4

Hujung tahun ini, walaupun dah maciam terlambat sikit, saya nak umumkan bahawa saya dah design satu poster larian, sebagai guide, untuk runners, terus lari.

Poster ini ada 365 hari dan saya custom khas untuk tahun 2016. Ada 4 bulan semuanya, so untuk runners boleh tanda sama ada anda lari atau tidak, setiap hari.

Esok saya akan ke kilang untuk confirm material poster dan a few things lagi. Last week saya dah pergi dah tapi sebab saya tak puas hati dengan quality kertas tu so saya cari kertas lain. Esok ni nak tengok yang test print tu OK atau tak OK. Harapnya OKLAH.

Poster ini size A1, besar la jugak. Dan sikit masa lagi saya akan upkan satu page untuk order dan beli. Expected delivery mungkin awal tahun 2016, tapi saya cuba sebaik mungkin untuk cepatkan kalau boleh minggu akhir disember.

Poster ini ada 2 version, satu putih, satu hitam. Nanti saya bagitau harga berapa tapi for sure lagi murah dari tiket racelah dan poster ni boleh guna setahun. Boleh tampal dekat rumah depan pintu sebelum keluar pergi kerja. So boleh plan, hari ni nak lari ke tidak, atau, nak lari ke mana?

12338570_912651335492043_992866351_n

Kongsi di :