Merchandise : Poster 365/2017 Pt 1

Tahun 2017 dah dekat. Tahun lepas saya ada jual poster larian. Tahun ini saya akan teruskan lagi jualan untuk edisi 2017.

Edisi 2017 ini saya akan buat 4 design. 2 tu macam biasa iaitu hitam dan putih. Satu lagi premium warna biru dan satu lagi edisi khas untuk Project Charity Tokyo Marathon saya.

Tahun lepas saya jual poster tu RM29.90 sehelai. Itu siap dengan delivery poster tube guna poslaju. Kos poster tube dan poslaju dah RM10 so total adalah RM39.90. Oleh kerana tahun depan ini agak meleset ekonominya, saya berpendapat yang RM39.90 untuk sekeping poster agak mahal juga.

So saya decide untuk jual lebih murah lagi. Tapi tak sure lagi berapa ringgit. Macam mana saya nak turunkan harga adalah dengan sacrifice beberapa perkara. Pertama mungkin jenis kertas yang saya guna untuk poster itu. Mungkin saya kena cari kertas yang lebih murah tapi tak lunyai sangat dan boleh bertahan dalam masa yang lama. Kedua, saya kena cari alternatif untuk cara kirim sebab kalau gulung dan letak dalam poster tube, itu dah pergi RM10. Mungkin saya lipat sahaja atau macam mana tengok dulu.

Ini poster tube, gambar tahun lepas.

Namun untuk pembeli yang mahukan kualiti lebih, saya ada buat yang premium punya. Yang ini special warna biru. Kualiti kertas berbeza dengan yang basic hitam dan putih. Saya juga mungkin akan test atas material lain selain kertas dan tengok mana yang sesuai. Ini draft untuk yang warna biru. Kenapa biru? Ohhh saya suka warna biru. Pada saya biru adalah warna langit dan bila berlari  memandang langit biru rasa macam tenang dan aman di hati.

unnamed

Semua poster larian ini saya akan bubuh logo lariansebuahkitab. Dan jika anda ada kelab larian dan mahu bubuh logo sendiri pun boleh kowtim juga. Tapi kalau kuantiti sikit tu saya kena cari jalan macam mana nak dapat harga terendah. Sebab kilang print sekali banyak. Kalau print satu-satu agak mahal. Apa-apapun boleh email saya lanjut.

Saya juga terfikir untuk buat size yang lebih kecil. Instead of A1, mungkin ada version A2 atau A3. Itu tengok macam mana. Lebih kecil size, lebih murah harga boleh pergi. Tapi size kecik tak beri impak sangat.

Untuk yang edisi Tokyo Marathon 2017, saya tak ada idea lagi nak buat dia special macam mana. Mungkin salah satunya adalah saya letak tanda hari race itu. Mungkin ada elemen Jepun pada poster itu. Mungkin ada gambar Gaban. Atau mungkin ada gambar Doraemon. Mungkin ada gambar Maria Oza eh… sapa tu?. Saya pun tak sure lagi. :D. Tujuan untuk edisi Tokyo ini adalah semua profit dia akan saya salurkan kepada FAMILY HOUSE jepun itu.

Minggu ini saya akan finalizekan design dan double check hari dan tarikh itu betul atau tidak. Next week saya akan focus pada cari material dan harga kos untuk poster. By mid October saya akan cuba finalizekan semua dan mula ambil order.

By the way, untuk anda yang telah membeli poster saya tahun 2016 saya ucapkan terima kasih banyak-banyak. Saya sangat berharap poster itu membantu anda untuk lari setiap hari. Dan kalau anda rasa ada manfaatnya dan mengubah frekuensi larian anda, silalah beli lagi versi 2017 hew hew hew :)

Kongsi di :

Comments 2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *