Merchandise : Run Tracking Spreadsheet

mac01_sheet
Bila ada pembaca yang minta tips untuk yang baru mula berminat nak menjadikan “larian” sebagai amalan hidup, saya telah tulis satu posting yang panjang.

Di dalam posting itu saya ada mengsyorkan agar buat rekod larian. Selepas beberapa hari, saya terfikir, why not saya share terus template rekod larian saya yang selama ini saya keep track dalam bentuk google spreadsheet?

Tapi bila saya fikir, kalau saya share for free, nanti bila orang guna tak berapa nak guna sangat sebab benda free. So saya fikir, saya share juga, tapi dengan sedikit pengeras yang tak berapa nak mahal pun. Orang kata, pengeras tok momoh…. 😀

Lagipun ekonomi teruk boh…. support sikit. Esok buatnya saya dapat peluang nak lari kat Tokyo, mana nak cari duit nak beli nasi? Duit yang anda beri dengan membeli merchandise sayalah yang membantu untuk saya carbo loading di Tokyo nanti. 100 Yen = RM4.00 boh…. Kalau nak makan burger 350 yen. Convert duit malaysia dekat RM14 boh… T_T…… Lari kering saya nanti.

Screen Shot 2016-09-07 at 8.56.04 PM
God, semoga kau beri aku kekuatan kelak jika kau takdirkan aku ke Tokyo tahun depan….

OK. Ini screenshot spreadsheet saya. Kalau anda nak tiru buat sendiri pun boleh. Tapi template yang saya jual tu dah ready dengan calculation sum bagai so tak yah pening kepala, beli terus pakai. Selama saya pakai ni banyak juga membantu saya. Nak buat teorilah apalah. So senang kira terus dari spreadsheet.

Screen Shot 2016-09-07 at 8.27.40 PM

Untuk yang versi jualan template, saya dah bersihkan dari data saya, dan saya letak a few example buat panduan.

Screen Shot 2016-09-07 at 5.13.36 PM

Ok. Untuk maklumat lanjut dan membeli, boleh pergi ke ONLINE STORE saya. Murah je tak mahal. 100% hasil akan digunakan untuk saya beli nasi di Tokyo nanti. 😀

Terima kasih.

Untuk catatan yang berkaitan dengan spreadsheet ini, boleh baca :

Race : Nike We Run KL 2016 Pt 9 – Formula Kelajuan Barry Allen

Kongsi di :

Comment 1

  1. Pingback: Persediaan untuk larian yang lebih pantas | Asia Fitness Today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *