Minggu yang panjang Pt 2 – Dua hari Duathlon

Saya pi Penang naik flight sebab malas nak bawak kereta. So kami (saya dan En.Hassan) naik Malindo. Itu yang paling dekat dengan rumastautin (rumah tempat bermastautin) kami. Nak pergi KLIA sana bapak bercinta. Baik drive ke Subang Airport, tinggal kereta dan naik flight.

Tapi start 16 / 15 Mac ni (kalau tak silap) semua flight Malindo tukar ke KLIA. Tak sure ini akan menyebabkan flight dari subang terhapus atau masih wujud. Harap tak. Isteri saya cakap tak semua. Mungkin dia ada kawan dengan pramugari agaknya.

Anyway, kerja saya kat sana makan 2 hari. Kami duduk kat Eastin. Semuanya sebab konon malam nak pi lepak kat Queensbay tengok muvi Tuhan Egypt. Namun malangnya hari Rabu tiket hampir sold out. Yang tinggal hanya first row dan kalau beli mau dongak kepala 180 darjah.

12383125_967204596661069_1341444123_n
Bila la dapat pencen dari kerja sekarang dan terus fulltime jadi runner? – Lokasi kerja

So, apa kaitan dengan larian?

Alang-alang di Eastin, saya ingat saya nak amik feel Duathlon. (Pasal Duathlon ni saya ada salah anggapan sebenarnya nanti itu saya post dalam posting lain)

***

Saya tengok kebanyakkan runner bila dah menyampah road race depa mula try trail run. Daripada trail run ni depa naik makam jadi ultra trail runner. Ini satu group. Ada satu lagi group, bila dah menyampah lari, depa cuba main basikal pulak. Dan ada yang lagi hardcore, tambah pulak main air iaitu berenang.

Saya tak tahu lagi saya akan kemana tapi matlamat saya check in kat Eastin, selain daripada nak tengok wayang adalah sebab nak cuba lari + berenang dalam satu masa. Ini sebab Eastin ada gym dan ada swimming pool.

Namun, tak semua cita-cita saya tu makbul. Instead, cita-cita saya dimakbulkan secara lengahan dua hari. Dalam erti kata lain, saya lari pada hari pertama, dan kemudian berenang pada hari kedua. 😀

Duathlon la tu, tapi dua hari 😀

So hari pertama saya lari dalam 5 KM treadmill. Actually ini kali ketiga saya lari atas treadmill sepanjang hidup saya. First masa test kasut kat Marathonshop. Kedua, masa bila ntah (tak silap hari tu hujan) kat gym area rumah saya. Ni kali ketiga.

Saya dapati feel atas treadmill ni tak sama dengan lari atas jalan. Rasa macam treadmill ni lebih senang sikit dari atas jalan. Dan saya juga rasa, macam jarak treadmill ni lebih pendek walaupun kita set jarak yang sama macam dekat larian jalan.

Cumanya dari treadmill ni kalau rasa cam panas sangat boleh onkan angin dia. So ada orang kecik duduk dalam console screen treadmill tu dok tiup angin ke kita so kasi feel cam lari atas jalan berangin. 😛

Dan satu lagi, bila atas treadmill ni tak boleh pulak nak berhenti (atau saya yang tak reti pakai). So kena lari sepanjang masa. Tapi ada button untuk slow down atau speed up.

Saya ada cita-cita nak simpan sehari RM3 untuk kumpul beli treadmill. Mana tau bila cukup esok boleh beli letak kat rumah. Tapi tak tahu tahun bila la duit cukup. 😛

12797822_145189349205255_1830810732_n 

Satu lagi saya perasan, bila dah lari atas treadmill, nak log kat larian dalam Strava ke manual. Saya cuba sync yang dari jam dia jadi ntah camna taktau. So dalam erti kata lain, tak berapa nak tepat sangat data yang kita masuk tu esp. timing. Unless lepas dari lari tu terus log kan data, mungin tepat la sebab kalau dah malam baru nak masukkan data, ada yang main teka je jumlah waktu dia tu. Tak rajin mana la pulakkan nak tulis kat kertas berapa timing bagai. Patut saya tangkap gambar screen tu tapi lupa.

Screen Shot 2016-03-18 at 12.46.21 PM

Hari kedua pulak saya try berenang. Kolam kat Eastin tu saya rasa panjang dia sama ada 20 meter atau 25 meter. Itu panjang satu lap. So saya cuba berenang satu lap dan memang gila rasa nak putus nafas. Rasanya berenang lagi letih dari berlari. Sebab kalau lari saya boleh terus menerus non stop at least 5 KM. Tapi berenang satu lap dah kena stop.

12825919_1113261625359473_1548811203_n
Swimming Pool di Eastin

12825859_870827493039112_557396886_n
Banyak betul kotak-kotak kecil…. kotak yang mana ada harta karun ni?

So saya berenang satu lap berhenti. Kemudian sambung balik then berhenti. Ulang-ulang ada lah lapan kali. 8 x 25 m = 200 m. Saya ingat cukuplah badan pun dah letih mata dah merah sebab takda goggle. Lagipun nak bersiap balik KL flight pukul 8:50 malam. Ini data dari Strava yang juga dimasukkan secara manual. 59 minit tu saya tibai je sebab tak ingat berapa actual timing dia. Lain  kali kena lebih berdisiplin untuk masukkan timing yang betul.

Screen Shot 2016-03-18 at 12.51.54 PM

***

Kesimpulan

Nak kata duathlon sangat pun tak sebab buat 2 aktiviti ni 2 hari. So tak duathlon manalah. Cumanya apa yang saya belajar adalah, lari 5 KM tak da masalah sangat tapi berenang 200 meter  sangat memerlukan tenaga yang tinggi. Lari 5 KM boleh tak stop tapi berenang 200 meter kena stop-stop.

Mungkin sebab saya biasa berlari dan tak biasa berenang. Mungkin cara bernafas belari berbeza cara bernafas berenang. Mungkin teknik berlari dah ok tapi teknik berenang kena belajar dengan ikan duyung.

Apapun, cubaan duathlon saya yang pertama adalah menyeronokkan. Lari tu sorang diri tapi berenang tu dengan En. Hassan. Besok kalau saya dah betul-betul mahir dan ada peluang untuk compete race duathlon, saya boleh refleks kebelakang dan ingat kali pertama cubaan duathlon saya memakan masa dua hari.

12825892_1579362665722470_1796280445_n
Packing balik KL

Kongsi di :