Route : Raub, Minggu yang panjang Pt 3 – Tawaf

Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada adik saya Nurliyana Khairunnisa yang telah berjaya menemui jodoh dalam hidupnya. Eh. Belum kawin lagi….. mana boleh nak lebih-lebih. Baru bertunang 😀

Lepas balik dari Penang, esoknya saya bergegas balik Raub sebab hari Ahad tu majlis pertunangan adik saya. Dah besar dah rupanya adik bongsu saya. Ntah kenapa, saya masih lagi ingat adik saya ni kecik lagi (memang dia kecik pun) dan macam tak caya dah nak kawin. Tunang dia orang Temerloh. Set-set ikan patin juga nampak gayanya. Tunang dia pulak Mat Scuba. So ada harapan esok ni kita berscubaan bersama-sama.

Ini gambar di hari majlis pertunangan. Tengok adik saya punya senyuman. Kemain lagi. Untungla….

11349353_451296365066725_970756509_n
Sekarang cuma tinggal adik no 2, Khairul Ikhwan yang tak kawin-kawin lagi.

Kebetulan dah balik raub, dulu saya lari kat Taman Tasik Raub tu tapi kali ini saya nak cuba jauh sikit sebab Taman Tasik Raub tu satu loop dalam 1 KM. Kalau nak lari 10K kena pusing 10 kali. Jenuh tu. So instead of tawaf Taman Tasik Raub, saya cuba tawaf pada bulatan yang lebih besar lagi.

925150_1694942590788679_174042501_n

Rumah abah saya ni di Taman Mewah. Perumahan baru. Abah saya lepas pencen tiba-tiba decide nak duduk raub walhal anak semua ada kat KL. Ikutla abah. Asalkan abah bahagia. Makanya misi saya sehari sebelum hari pertunangan itu adalah untuk cuba buat satu Tawaf daripada Taman Mewah, ke Taman Mewah. Macam dekat kononnya tapi mak aiiii…. saya check kat map malam tu estimate dalam 11K tapi bila lari rupanya 12K lebih. Ini screenshot estimation.

Screen Shot 2016-03-12 at 3.22.17 PM

Manakala ini result sebenar. Total distance adalah 12.6 KM.

Screen Shot 2016-03-18 at 1.07.04 PM
Screen Shot 2016-03-18 at 1.09.05 PM

Larian saya adalah dari Taman Mewah, pergi jalan besar depan tu (jalan Bentong – Raub), masuk ikut simpang nak ke UITM. Lalu sebelah UITM Raub. Sampai hujung tu masuk kanan instead of terus. Lalu kampung orang. Then keluar dekat simpang Kalang. Masuk jalan besar balik. Terus depan masuk bandar Raub. Dan terus sampai jumpa balik simpang masuk ke Taman Mewah. Tulis kat sini nampak macam dekat tapi secara jujurnya, walaupun 12.6KM, saya rasa mak aii jauhnya.

Mula-mula lari tu tiba-tiba macam nak hujan. Bila dah masuk simpang ke UITM hujan lebat gila. Ada pokok besar kat situ so saya tunggu kat situ tumpang berteduh. Sambil rehat tu saya cuba tolak hujan agar hujan pergi ke tempat lain. 😀

Agak beberapa minit hujan pun berhenti then saya sambung lari semula. Since saya keluar rumah tu pun dah lewat so jalan belakang tu agak ser dan sunyi juga rupanya. Bila lari seorang diri di satu route asing yang tak pernah kita tempuh, memang ada satu perasaan yang saya tak dapat nak describe macam mana.

Ia bukan tentang ketakutan pada jin atau hantu atau musang atau harimau. Tetapi ia lebih kepada satu kesunyian panjang yang tak kesudahan. Jalan pulak tu lurus. Masa ini macam-macam muncul dalam kepala saya. Yang positive, yang negative. Saya ingat, ini adalah method time travelling yang paling effective dan do-able untuk seseorang jika mahu travel ke zaman silam mahupun zaman akan datang.

12784059_1698228280447038_1969648103_n
#sirijalanlurus – Jalan lurus panjang dan sunyi. Sanggupkah kita teruskan dan melaluinya dengan tenang?

Agak dah berapa K ntah saya mula teringat yang saya lari tak bawak botol air. Memang legalah macam ni. Saya pulak tak tahu sama ada terdapatkah kedai di belakang ini. Duit saya memang ada bawak dan simpan dalam poket seluar. Tapi kalau takde kedai jawabnya larian kebulurlah saya petang tu. Tapi tulahkan. Tuhan ni memang maha pengasih maha penyayang, maha mengetahui, maha adil dan maha bijaksana. Lari punya lari, kebetulan ada satu kedai kat belakang tu kedai runcit yang gelap dia macam hari malam walaupun hari masih siang.

1390389_790182004446079_15117080_n
First water station
12822310_236286783389500_963671709_n
Cuma seringgit

Bila dah ada kedai tu saya punyalah bersyukur gila. Saya masuk kat dalam terus capai Coke. Tak bayar lagi terus buka dan minum. Bila saya pergi ke kaunter pakcik tu tengok saya macam tengok makhluk asing. Mungkin sepanjang hidup dia berniaga, ini kali pertama ada orang jogging kat belakang ni. Saya rasa la.

Saya bawak RM10. Air ni RM1 je. Nilai dia memang kecik. Tapi waktu tu, nilai dia lebih dari RM1. Tak ternilai wok. Terima kasih kepada tuhan yang memberi rahmat coca cola kepada alam saya hari itu. Manisnya air ini pada hari itu, lain maciaaaaaaammmmm.

Saya meneruskan larian dan pemandangan kiri kanan adalah kebun-kebun dan ladang-ladang. Ada juga bukit-bukit dan selang-selang rumah orang.

12822283_632679733550894_1522157098_n

Bila dah sampai ke traffic light simpang Kallang tu suasana sunyi tiba-tiba bertukar jadi hectic. Kereta bersimpang siur begitu juga dengan motor-motor. Di sini sebenarnya saya banyak jalan kaki dari berlari dan selalu juga toleh belakang tengok kereta. Saya fikir agak tak selamat sebenarnya bila sampai sini sebab banyak kereta. Selamat lagi lari dalam jalan hutan sunyi tadi rupanya.

12677506_568478056657909_1503863410_n
Bandar Raub. Bandar Kita.

Saya teruskan larian bila jalan tu macam safe sikit. Bila ada side walk kat tepi tu. So last sekali saya sampai balik ke simpang Taman Mewah dan meneruskan larian. Di depan rumah saya tengok isteri dan anak saya serta adik ipar saya yang nama dia Faezah tu sedang menunggu. Ini dah macam tukang sorak dekat finishing line dan untuk tidak menghampakan mereka, saya tiba-tiba berlari pecut macam final scene dekat finishing line ala Usain Bolt. Walaupun hanya dua orang yang bersorak tetapi ini sudah cukup untuk menggembirakan saya. Bila difikirkan balik, siapa center of world kita kalau tak orang yang kita sayang?

***
KESIMPULAN 

Tawaf ada macam-macam tawaf. Paling religious adalah tawaf Ka’abah di Mekah itu. Tapi paling spiritual, adalah apabila kita berjaya mengelilingi hati kita dan tutup hati ini daripada dimasuk dan dirasuk oleh hal negatif yang selalu sahaja menentang dan menghalang kita dari terus berjalan di jalan yang lurus. Jangan sesekali bagi anak beranak Lucifer datang dan merasuk panggil dengan berkata, “Minumlah air ini… air ini lebih sedap dari air yang kau ada itu….”

Dan untuk mengelilingi hati ini, kita kena kelilingi dengan banyak layer positif agar tembok yang terbina itu tebal dan sukar diruntuhkan lagi.

Tawaf ini kita boleh lakukan dimana-mana dan bila-bila masa. Namun yang menggagalkan tawaf ini adalah rasa untuk putus asa. Manusia ini hidupnya kerana asa. Dan apabila asa itu sudah tidak ada lagi, manusia mula berpaling dari yang Esa.

12530818_1679949258937130_1492866805_n
Zikir McMillan yang banyak membantu saya petang itu

Kongsi di :