Minggu yang panjang Pt 4 – Marathon Talk

Oleh kerana perjalanan ke Kedah mengambil masa yang agak lama, maka saya decide untuk memenuhkan masa kereta ini dengan mendengar ceramah tentang larian. Mana tahu, melalui ceramah ini saya boleh belajar sesuatu.

Saya lalu membuka radio BFM melalui iPhone dan mencari ceramah-ceramah larian. Ada banyak rupanya tapi taklah banyak gila. Boleh la nak layan.

Dalam banyak-banyak yang saya dengar tu, ada satu yang saya kira menarik. Ia adalah tentang seorang runner punjabi yang digelar “Torpedo Singh”. Uncle ini atau namanya Fauja Singh umurnya 92 tahun dan telah berjaya menghabiskan marathon dengan catatan masa 5 jam 40 minit!

Anyway, ceramah ini membicarakan tentang kesan menjadi tua kepada otot badan dan bagaimana kehidupan aktif sebagai pelari, menyelamatkan keadaan. Kalau ada yang berfahaman pengunaan otot untuk larian yang kerap menyebabkan kecederaan pada hari tua nampaknya dah tak boleh pakai dah kepercayaan karut sebegini.

unnamed
Klik sini untuk dengar

***

Kongsi di :