Minggu yang panjang

Wheres-Your-Courage-HOC

Saya minta maaf sebab 2-3 hari ni saya tak update blog. Sebenarnya minggu ini saya memang sibuk tahap Frank Underwood, (selain dari maratahon House of Card season terbaru pada malam hari). Semuanya bermula dari last week.

Saya 2 hari di penang siapkan kerja dan meeting – Rabu, Khamis
Balik KL dan kemudian langsung ke Raub untuk majlis pertunangan adik saya – Jumaat, Sabtu, Ahad Isnin
Balik KL semula dan ke Port Dickson bagi talk pasal mobile apps – Selasa
Rabu – 3 meeting dengan client (nasib baik semua kat ofis)
Dan hari ini Khamis, saya tengah bersiap nak balik ke Kedah

Tak habis lagi. Ini apa yang bakal beraku next.

Jumaat saya ke Langkawi
Sabtu saya naik bot nak pergi Thailand untuk Race kat satu pulau hutan ni pada hari Ahad.
Isnin saya nak kena travel balik ke KL, sebab Selasa ada meeting lagi.

Jika semuanya berjalan dengan lancar, dalam masa 2 minggu ini saya telah berada di udara, darat, laut, pulau, bandar, kampung dan hutan. Ini buat saya seram. Sebab saya tanak next nanti saya kena duduk dalam tanah.

Anyway, sekarang isteri saya baru habis packing dan sikit lagi kami akan bergerak balik kampung. Selamat bercuti buat yang bercuti, dan buat yang bekerja, teruskan usaha anda.

Kongsi di :