Minyak Wangi untuk lari Pt 1

washing-smelly-clothes

Salah seorang rakan IG saya bertanyakan soalan ini. Apakah minyak wangi yang bagus untuk digunakan semasa berlari?

Sebelum menjawab soalan itu, ini ada beberapa hal tentang minyak wangi agar memberi panduan kepada kita untuk memilih, minyak wangi apa nak pakai masa lari nanti.

Minyak wangi, the self-origin

Saya sebenarnya bukanlah pakar sangat tentang minyak wangi ini. Seumur hidup saya, minyak wangi yang first sekali saya pakai adalah minyak wangi yang dibeli di Body Shop. Masa itu saya di MMU. Macam dah mula nak minat pompuan secara serius, so saya ingat kena la ada minyak wangi. Kalau busuk, sapa nak minat kat kita kan?

So kerana di MMU hidup atas ehsan scholarship Telekom, maka duit yang ada tu kena bajet sebaik mungkin. Tapi kerana kawan saya Irfan kata, hidup mesti ada alat kacak, maka saya menjadikan minyak wangi sebagai salah satu alat kacak saya.

Saya tak ingat berapa harga dia dan apa nama betul minyak wangi ini. Yang saya ingat cuma dua. Saya grad MMU tanpa ada awek, dan hingga hari ini, minyak wangi ini masih lagi ada di dalam bilik air saya sebagai salah satu minyak wangi yang saya pakai selang beberapa hari. Bau dia, sangat nostalgia.

195_0

Hantaran Kahwin

Keluar MMU mula kerja. Bila kerja, mula ada duit sendiri. Bila ada duit sendiri mula nak membohjan. Bila membohjan dan cukup haul, mula gatal nak menikah. Bila nak menikah, satu benda yang mesti kita cari untuk barang hantaran. Minyak wangi.

Minyak wangi hantaran saya adalah Hugo Boss. Saya suka betul bau minyak wangi yang ni. Bila pakai terasa kelakian dia meningkat 300% (waktu tu la). Saya tak ingat juga berapa harga dia. Tapi seperti minyak wangi Body Shop, saya masih lagi pakai minyak wangi Hugo Boss ini dan merupakan salah satu koleksi utama di bilik air saya.

hugo-for-men-13-oz-edt-spray-by-hugo-boss-d-20090327195342853-5474746w

Mula meniaga

Jangan salah faham. Bukan mula meniaga minyak wangi. Tapi bila mula ada bisnes dan ada duit lebih sikit. Koleksi minyak wangi di bilik saya makin bertambah. In fact, dalam satu masa, saya ada 7 minyak wangi dimana saya pakai lain minyak wangi pada hari yang berlainan dalam masa seminggu. Banyak yang saya cuba. Seingat saya, antara yang paling awal saya pakai adalah Clinique Happy. Yang ni bau dia bau buah tak silap saya.

125901

Tapi yang paling favourite adalah Marc Jacob Bang. Yang ini banyak-banyak paling saya suka. Malangnya sekarang dah tak keluar. Puas saya cari hingga ke Australia dan Jepun. Namun production untuk Marc Jacob Bang ini memang dah pupus. Mungkin bau dia membuatkan fomfuan horny dan cuba nak cium kita.

marc_jacobs_bang_bang_1024x1024

Satu lagi yang saya suka pakai adalah Mont Blanc Legend. Yang ini isteri saya hadiahkan kepada saya sempena ulangtahun perkahwinan kami. Yang keberapa saya dah lupa. Saya hanya pakai minyak wangi ini pada hari-hari tertentu sahaja. Misalnya hari celebration, atau hari kejayaan. Oleh kerana jarang pakai, minyak wangi ini tak pernah habis sampai ke hari ini. Mungkin dalam setahun saya pakai cuma beberapa kali sahaja. Mungkin juga sebab isteri saya bagi, ada sedikit rasa sayang nak pakai walaupun bau dia memang bau “jantan”.

284029

Satu lagi yang saya suka adalah Dunhill Persuit. Warna oren, kotak pendek. Bau ni pun mengancam jugak. Rasa bahagia bau dia. Tapi sekarang macam susah nak jumpa.

986_l

Last worth mention. Dolce and Kepalabana, The One. Bau ni hmmmmmmmmmmmm

242250

Minyak Wangi dan Movie

Ada satu movie yang best pasal minyak wangi. Nama movie ini adalah “perfume”. Ia mengisahkan seorang lelaki yang mempunyai deria bau oleh hidung yang power, menyebabkan sense hidu bau dia tu boleh pergi bukan setakat jauh berbatu-batu, malah boleh masuk kedalam air selain daripada boleh selektif bau berdasarkan benda atau jisim.

Perfume_poster

Kemuncak cerita ini adalah dimana beliau cuba mencipta “pefume” syurga, yang dibuat dari bau badan perempuan. Tak silap saya ada 12 notes bau yang dia capture dari perempuan yang dia bunuh untuk dapatkan bau badan. Akhirnya beliau ditangkap, tapi terlepas bila dia release “perfume” syurga ini menyebabkan semua orang yang hidu menjadi horny. Lalu terjadilah upacara gang-bang dan orgy beramai-ramai satu bandar.

Beliau ini kemudiannya mati kena makan dengan orang lain bila last sekali beliau simbah diri beliau dengan minyak wangi ciptaan beliau.

Mamat main character ni berlakon cerita Cloud Atlas tak silap saya.

Kepekatan Malam

So, apa yang nak kena tahu pasal minyak wangi? First sekali adalah treshold minyak wangi dimana kategori dibahagikan mengikut kepekatan. Paling pekat dan power (minyak paling banyak) , bermula dengan :

  1. Parfum – Perfume
  2. Eau de Parfum – EDP
  3. Eau de Toilette – EDT / Toilette
  4. Eau de Cologne – Cologne
  5. Eau Fraiche

Fragrance-Concentration-Guide-600

Kenapa ia penting, kerana sejauh mana ia bertahan. Kalau Parfum, paling lama bertahan hampir 8 jam berbanding EDT hanya 3 – 4 jam sahaja. Bau ni bukan setakat lama mana dia ada kat kita, malah sampai kepada ketiadaan kita. Misal kata beginilah. Kalau kat ofis tu, anda duduk kat satu spot ni. Then anda blah. Tetiba staff anda datang spot yang anda lepak tadi dan dia boleh bau, “bau” anda. He was here gitu…… Sama macam keluar lif la. Kita boleh tahu yang ini mesti boss dah ada kat ofis sebab bau dia dah tinggal dalam lif ni.

Notes

Seperti filem Perfume tadi, minyak wangi memang ada asas atau kombinasi dia. Bahasa dia adalah Notes. Setiap minyak wangi ada 3 note.

  1. Top Notes / Head Notes – Bau pengenalan, bau yang first bila kita bau atau pakai. Bertahan 15 minit ke 2 jam.
  2. Middle Notes / Heart Notes – Bila masa berlalu sikit, waktu dah tengah-tengah. Biasa bertahan 3 – 5 jam.
  3. Base Notes – Bau paling deep, biasa akan muncul bila semua notes lain dah hilang. Biasa bertahan 5 – 10 jam.

So note untuk minyak wangi ni maksud dia, timing. Memula jumpa awek, awek cam bau kita tu lain. Then awek dah lama ngan kita dah selesa, bau dia lain. Bila awek dalam dakapan, bau kita tu dah lagi lain. Kira cam spectrum bau berubah mengikut masa la. Kalau hidung power boleh perasan benda ni, kalau hidung pekung, harammmmmm…..

Jenis wangian

Seterusnya adalah jenis wangian. Jenis ni penting sebab ini akan menentukan sama ada anda beli minyak wangi tersebut atau tidak. Ada orang suka bau ini, ada orang suka bau itu. So bau tu macam mana nak explain? Ini jenis dia. Pertama, dari jenis tumbuhan.

  1. Floral – Bau bunga. Macam Jasmin, atau rose. Atau vanila ( dulu saya ingat vanila ni aiskrim). Biasa kalau bau minyak wangi cam bedak adalah sebab dia dari jenis bunga.
  2. Fruits – Bau buah. Bau ni biasa manis je. Bau yang menyebabkan rasa nak jilat. Contoh strawberry, lemon, orange. Tapi tak pernah jumpa perfume durian lagi.
  3. Spices / Bark – Rempah ratus. Contoh biasa adalah cinnamon.
  4. Green / Leaves – Bau dedaun. Contoh daun citrus.
  5. Seeds – Bau benih. Contoh carrot seed.
  6. Wood – Bau kayu kayan misalnya sandalwood

Selain daripada tumbuhan, ada juga bau binatang. Saya jarang jumpa yang bau binatang ni tapi kawan saya pernah bagitau contoh bau binatang ni macam honeycomb oleh lebah. Satu lagi Musk (rusa).

Combination Notes dan jenis wangian.

So minyak wangi ada 3 notes, dan ada banyak jenis wangian. Kat mana letak dia semua benda ni. Rujuk jadual dibawah. Yang ni contoh je.

Perfume-Pyramid-600

Kat mana nak pakai minyak wangi?

Nampak macam soalan bangang tapi dulu saya memang bangang dan tak tahu. Ada ke spray kat baju. Gila apa. Ingat minyak wangi dasshing apa?

So tempat yang nak spray minyak wangi adalah tempat yang paling panas di badan kita. Umumnya begini :

  1. Pergelangan tangan
  2. Tengkuk
  3. Belakang lutut
  4. Buku Lali

No 3 ngan 4 tu untuk pompuan la. Laki tak payah la. Untuk detail, ini gambar dia. Tapi saya tak pernah la spray perfume kat wikiwiki saya.

Fragrance-Application-Chart-600

Satu lagi tips adalah spray minyak wangi kat tempat nadi kita iaitu di nadi tengkuk dan nadi tangan. Sebab dia dari sini yang akan bawa ke semua badan melalui peredaran darah.

Sebenarnya tips nak ingat dia ada 4 benda je. Pertama adalah floral, kedua, fresh (fruits etc), ketiga oriental (rempah) dan keempat wood. 4 yang major ini adalah summary kepada semua. So masa nak beli minyak wangi tu ingat 4 benda ni.

Ok. Ini basic pasal minyak wangi. Belum sampai lagi kepada jawapan untuk soalan member IG tu. Bersambung kemudian hari.

Anyway, saya baru balik jogging ni next week nak final race #memecahkebuntuan2. Hari ni boleh la, 5KM 27 minit. Pace 5:24. Peluh badan keluar berlenja-lenja macam kena simbah dengan air. Lepas tulis ni peluh dah kering, badan pun bau busuk. So nak mandi, nak pakai minyak wangi. Esok kan cuti…..

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *