Minyak Wangi untuk lari Pt 2

Sebelum kita move kepada posting minyak wangi untuk larian, ada baiknya kita tengok, kenapa nak ada minyak wangi at the first place? Bukan ke orang pakai minyak wangi ni malam pertama je (kawan saya cakap la, sebab saya pakai everyday).

Kenapa nak pakai minyak wangi

Ada beberapa faktor kenapa kita kena consider nak pakai minyak wangi kalau kita tak pernah pakai minyak wangi. Ini adalah sebabnya.

1. Memakai minyak wangi menyebabkan jantina lawan lebih tertarik dengan kita

Ini of course. Kalau kita busuk, bukan setakat jantina lawan je lari, sama jantina pun menyampah nak duduk dekat kita. Imagine macam ni la. Ce pergi lepak kat tong sampah yang ada lalat tu. Boleh tahan tak?

Tapi ada berita baik untuk lelaki. Kita sebagai lelaki (biasanya) menggunakan mata untuk memilih orang fomfuan (sebab tu ada pepatah, beauty is in the eye of beholder) manakala orang fomfuan memilih orang lelaki, menggunakan hidung.

Ini bukan kencing tapi fakta hasil kajian. Ada 3 benda yang orang fomfuan tertarik kepada lelaki. Pertama lelaki yang kelakar. Kedua, lelaki yang wangi, dan ketiga saya lupa.

Apapun, sekarang kita dah tau kenapa bini kita boleh “menghidu” gerakan kita. Sebab hidung depa, power.

In term of larian pula, seingat saya, ada 2 perkara yang memang berlaku pada saya kalau nak relate wangian dan larian.

Pertama tu ada satu hari sebelum race di Cyberjaya. Masa tengah nak flag off tu, semua runner berkumpul ramai-ramai. Biasa masa ni kita sibuk nak mententeramkan diri berdoa bagai sebab nak mula berlumba. Tetiba dalam celah lautan manusia tu, saya terbau bapak wangi.

Mulanya ingatkan ada hantu lari sekali. Yelah. Kalau cite melayu, biasa kalau tiba-tiba wangi otak kita akan relate yang hantu dah ada dekat kita esp. waktu malam. Tapi since takkanlah pulak ada hantu yang join lari, so ini mesti bau runner yang dekat dengan kita.

Hidu punya hidu, bau punya bau, ada seorang runner amoi ni rupanya, belakang saya. Dari lagak dan gayanya, memang ada tokoh kewangian dia berdasarkan dress up larian dia dengan brand-brand tertentu yang boleh tahan mahal bajet nak penuhkan satu badan.

Kedua pulak masa lepas lari. Waktu tu dah nak balik dan staff saya tumpang kereta saya. Race malam waktu tu (saya lak tak ingat asal dia tumpang saya). Biasa orang lepas lari bau masam. Yang dia ni bau bapak wangi. Boleh jadi masa tu sebab dia naik kete boss. So kena la wangi takut boss marah.

2. Connection dengan manusia lain, lebih deep secara emosi

Menurut kajian, indera hidu adalah 150 ribu kali ganda lebih power dari indera mata. Hidung boleh kesan trilion bau yang unik, berbanding mata yang hanya boleh membezakan 7 juta warna. Menghidu boleh mengingatkan kepada sesuatu, berbanding melihat. Bermaksud, dengan menghidu, kita lebih banyak memori masa silam. Ini adalah kerana deria bau, connect dengan “limbic system” (wtf?) atau, lebih dikenal sebagai “emotional brain”.

Bila baca ni baru saya faham, kenapa, bila “bau” kita teringat sesuatu. Sebagai contoh, ada satu tahun tu dimana saya baru lepas balik Race Kuala Kangsar, dan kami singgah tidur di Cameron Highlands. Kami tidur di smoke house sehari dua. Bila bawa EL Lukh main kat dalam semak depan smoke house tu, saya ter-trigger zaman saya kecik-kecik duduk di rumah arwah Opah di Taman Sedia ( berdepan dengan Smoke House) bila saya terbau lalang dan semak disitu.

Lepas main air terjun level buku lali, model diberi peluang mengembara dalam hutan mini

A post shared by khairulazizi (@khairulazizi) on

So, apa kaitannya bau dan memori? Orang akan lebih mudah ingat kita. Sebab bila orang dah associate kita dengan certain bau, bila dia hidu bau yang sama di tempat lain, mereka akan ingat kita. Ohhhh…. ini bau Jon Snow…. sebab apa? Bau macam serigala. CONTOH.

3. Menambah keyakinan diri

Bila dressing kita meyakinkan, ia akan menyebabkan kita feel good dan lebih yakin. Bila orang tengok kita meyakinkan, baguslah untuk penampilan kita. Tambah pulak bau kita wangi, lagilah up penampilan kita. Bayangkan deria bau dan deria melihat bergabung meletup adam stacy, pasti keduanya score A. Bukan nak cerita penampilan mesti mahal, tidak. Tetapi, dengan kombinasi yang tertentu, impression orang terhadap kita boleh menaikkan saham kita. Bila saham kita naik, bukankah kita semakin yakin? Apa beza orang yang dalam bank dia ada RM2 juta, berbanding dengan yang cuma ada RM2,000 simpanan. Siapa yang berjalan dengan lebih tenang?

4. Memakai minyak wangi, melengkapkan diri

Ada orang pergi kerja, pakai minyak wangi ni. Then petang jumpa client, dia pakai pulak minyak wangi lain. Malam, pergi dinner, minyak wangi lain. Balik rumah nak tidur, pakai minyak wangi lain pulak. Hari raya, minyak wangi lain. Hari jumaat pegi masjid, minyak wangi mekah pulak. Begitulah seadanya.

Memakai minyak wangi, melengkapkan diri. Outfit pun ada macam-macam, tambah pula bau oleh minyak wangi, yang melengkapkan penampilan diri.

So nak lari pun kenala ada minyak wangi tertentu. Baru complete.

5. Menghantar message kepada orang lain

Tidak dapat dinafikan, memakai minyak wangi, menghantar certain mesej kepada orang lain. Conothnya gini. Kalau anda ada kawan. Sorang pakai minyak atar. Sorang lagi pakai minyak wangi Channel. Dan sorang lagi pakai minyak cap kapak. Siapa yang anda rasa orang yang paling alim?

6. Membuatkan diri sendiri happy

Saya ingat yang paling banyak alasan kenapa nak kena pakai minyak wangi, bagi saya personally, adalah nak bagi diri saya happy. Bila bau badan sendiri wangi, of course bini saya happy. Dan bila dia happy, saya pun happy.

 

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 42K bagi mencapai SUB5 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *