Nafas : Bagaimana manusia bernafas

Saya ada jumpa beberapa video dan lihat bagaimana manusia bernafas. Dibawah ini ada animasi yang paling sempoi untuk kita faham bagaimana oksigen masuk dan bertukar dengan karbon dioksida. Melalui animasi ini juga, baru saya tahu yang sehari kita sedut 10,000 liter oksigen masuk dalam badan. Manakala paru-paru menyedut udara 15-20 kali seminit.

Ini pula video yang lebih detail. Saya dapati yang :

  1. Perempuan bernafas 25% kapasiti kurang dari lelaki (isipadu udara sikit). Hmmm mungkin sebab tu orang perempuan cepat panik dan emo.
  2. Orang tinggi mempunyai ruang paru-paru lebih besar berbanding orang pendek
  3. Orang yang duduk pada aras laut lebih kurang kapasiti udara berbanding dengan orang yang duduk di atas gunung. Maksudnya, orang duduk di atas gunung bernafas lebih steady
  4. Smokers kapasiti bernafas dia lebih kurang berbanding non smoker. (DEM)

Last, ini video paling detail untuk explain bagaimana proses bernafas. Kalau sanggup layanlah. Dalam video ini dikatakan :

  1. Udara travel dari tempat pressure tinggi ke tempat pressure rendah
  2. Ada banyak bahagian pada paru-paru dan kalau layan video ni awas tertidur.z.z.z.zzzzzzz
  3. Ada side elevation bagaimana reaksi diafragma bila bernafas which is jarang saya tengok

Namun, sistem respirasi manusia tidak ada kena mengena dengan perut pun (mungkin maksud Prophet Muhammad pasal 1/3 udara dalam perut tu lain dan takda kena mengena dengan bernafas). Ini pula adalah video bagaimana makanan masuk ke dalam perut kita.

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 5K bagi mencapai SUB25 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_