Nafas : Cara bayi bernafas

Rentetan dari perbualan saya dengan En. Remin hari itu, maka seperti yang saya katakan dalam prev posting, saya akan mengkaji NAFAS secara paling mendalam perut. Ok. Pertama, adalah bagaimana bayi bernafas.

Saya tak ingat siapa yang bagitau saya ini. Tapi yang nyata, bayi bernafas cara betul, manakala kita yang dewasa bernafas cara salah. Masa tu masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Atau masuk lubang hidung kanan, keluar lubang hidung kiri. Kalau dengar pakai hidung la.

Memula kita tengok dulu video canne baby bernafas. Nasib baik ada mat salleh mana ntah yang record cara baby bernafas ni.

So apakah perbezaannya dengan cara kita (dewasa) bernafas? Bezanya, baby bernafas masuk sampai ke dalam perut manakala kita dewasa bernafas sampai ke dada sahaja. Sepatutnya kita bernafas memang kena sampai masuk dalam perut dan bukan sampai dada sahaja. Saya ada terjumpa ini :

Screen Shot 2016-03-08 at 11.13.40 PM

Ini wajah Prof. Madya Zulkifli, kalau nak contact dan tahu lebih lanjut, boleh hubungi beliau di zulkifli111@salam.uitm.edu.my.

Screen Shot 2016-03-08 at 11.15.53 PM

So, baby masa kecik bernafas betul, tapi bila lama-lama dah besar, bernafas dah salah. Kenapa boleh jadi macam ni? Teori saya ada 3 :

  1. Baby masa kecik tak tau apa-apa lagi, so semua yang dia buat adalah yang original apa yang tuhan install pada dia. That’s why dia bernafas betul. Bila dah besar mungkin makin jauh dari tuhan yang asal, so that’s why bernafas salah.
  2. Baby punya size dada dan perut kecik, so mungkin senang sedut nafas dan sampai ke dalam perut. Bila dah besar, dada dan perut semua besar, so nafas yang masuk ke dalam tu tak sampai ke perut.
  3. Bila dah besar dah ada sifat malas. So bila dah malas tu nak bernafas dalam-dalam pun malas. 😀

Seterusnya, kenapa cara baby bernafas tu yang betul, tapi kenapa cara kita orang dewasa ni bernafas salah?

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 42K bagi mencapai SUB5 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_