Nafas : Perspektif Agama

Saya terjumpa satu hadis dari Prophet Muhammad yang ada kait dengan NAFAS, dan perut.
Screen Shot 2016-03-08 at 11.23.44 PM

Dari hadis ini dapatlah kita simpulkan bahawa,

  1. Perut juga digunakan untuk bernafas
  2. Untuk kuat, bukan setakat makan tapi distribution ratio yang betul bagi perut juga penting
  3. Kena make sure boleh bernafas sampai ke perut kalau nak buat PB dalam HM / FM

Manakala dari hadis yang sama juga timbul pula persoalan oleh saya,

  1. Apakah amalan Prophet yang menyebabkan beliau boleh distribute ratio yang betul untuk perutnya
  2. Apakah distribution makanan dan minuman yang betul masa nak lunch, dinner atau sarapan bagai?
  3. Adakah terdapat teknik bernafas semasa makan dan minum untuk mencapai ratio yang betul?

Jika hadis ada pasal nafas, maka saya nak tengok pulak dalam quran, ada ke tidak. Saya jumpa ini,

Screen Shot 2016-03-08 at 11.31.21 PM
Namun, kalau bahasa inggeris pula, saya jumpa ini

Screen Shot 2016-03-08 at 11.46.11 PM

Manakala untuk “Perut” pula ada banyak la pulak. Ada 18 ayat pasal perut. Saya rumuskan :

  1. Memasukkan api dalam perut ( saya rasa menyebabkan diri sengsara) 2:174, 4:10,
  2. Berkaitan perut haiwan 6:139, 6:146, 16:66, 23:21, 24:45, 37:144, 37:145, 68:48
  3. Kejadian manusia 16:78, 53:32
  4. Perut bumi (dalam konteks lebih global / makro ) 20:6
  5. Balasan 22:20, 44:45, 47:15, 56:53
  6. Perut manusia 37:66

Yang english punya malas la pulak nak letak. Anyway, setakat yang saya cari ini, boleh dikatakan, dalam Quran tidak ada sebut pasal teknik bernafas dengan betul secara direct translation atau secara tersurat. Mungkin ada tersirat, itu saya tak tahu.

Kesimpulan dari carian pada Hadis dan Quran, apa yang saya boleh katakan, perlu tahu teknik pernafasan yang betul untuk lebih kuat. Dan setakat ini, teknik yang betul adalah cara bayi bernafas namun yang belum terbukti adalah, kenapa itu yang betul?

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 42K bagi mencapai SUB5 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_