Nike Breaking 2 : Pt 1 – Apakah?

Breaking2_Group_Lelisa_Zersenay_Eliud_native_1600

Manusia, adalah spesis yang memang takkan puas sampai bila-bila. Kalau dah ada satu kereta, beberapa tahun kendian, tambah lagi satu kereta. Beberapa tahun lagi, tukar kereta baru pula. Contoh lain bagi tematik larian pula, kalau dah ada satu kasut, bila dah seronok lari, mula nak beli satu lagi. Walhal kasut lama elok pun tak sampai 500 – 600 KM pun.

Namun jangan pandang negatif. Kerana sifat yang tidak puas inilah membuatkan manusia adalah spesis yang innovatif, berkembang maju dan bertambah genius. Ini yang beza antara manusia dengan beruk, anjing, labah-labah atau kambing.

Setiap perubahan atau setiap yang baru hasil tidak puas itu sebenarnya pasti ada sebab. Dan sebab ini hanya boleh nampak dengan baik, kalau otak itu dah lama setting positif. Mungkin beli kereta baru dan tukar beberapa tahun kendian sebab kereta yang pertama beli tu tak boleh brek emergency sendiri kalau kereta depan tiba-tiba berenti. Mungkin beli kasut satu lagi sebab satu khas untuk nak training, manakala satu lagi khas untuk racing.

Hakikatnya kerana itulah manusia, adalah manusia. Manusia bukan tuhan yang maha segala dan sempurna lengkap selengkapnya. Manusia adalah peminjam sifat-sifat tuhan secara terpecah, terpisah dan tidak cukup. Ada orang terlebih bijak. Ada orang terkurang pandai. Ada orang boleh lari FM hampir SUB 2. Dan ada orang masih lagi terkial-kial untuk SUB 2 untuk HM.

Breaking 2 adalah salah satu projek ketidakpuasan hati manusia terhadap pencapaian diri sendiri.  Breaking 2 adalah satu usaha untuk memecah kebuntuan manusia, menewaskan diri sendiri, untuk menjadi lebih pantas, laju dan lebih baik. Breaking 2, adalah usaha untuk menafikan segala fikiran negatif, bahawa, di dalam dunia ini, manusia boleh mengatasi had.

Ini adalah project terbaru oleh NIKE. 3 orang atlit menyertai kempen Breaking 2 ini. Mari kita lihat sama ada mereka berjaya, atau setidaknya berjaya mencuba memecah kebuntuan 2.

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 5K bagi mencapai SUB25 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *