Nike Breaking 2 : Pt 2 – Runner, Lelisa Desisa

lelisa-desisa_0

“Saya mula berlari sejak saya bersekolah lagi. Tapi saya nak bertanding lebih banyak lagi. Maka saya tukar kepada larian jalan. Perlumbaan terbesar dan banyak ganjarannya adalah Marathon. Bila saya menang Boston, ia mengubah hidup saya. Ia membuktikan saya adalah seorang atlit. Larian, adalah hidup saya – Lelisa Desisa”

Lelisa Desisa adalah runner yang paling muda antara yang lain dalam projek Nike Breaking 2. Kerjaya lariannya bermula bila beliau menang pingat emas dalam Kejohanan Atlit Junior Afrika pada tahun 2009 dalam kategori 10K. Setahun kemudian, beliau buat SUB 1 untuk HM di Zayed International Half Marathon. Sejak itu, beliau semakin popular.

Atlit dari Ethiopia ini menjuarai tempat pertama 2 kali di Boston Marathon pada tahun 2013 dan 2015. Umurnya masih muda, dan masih jauh dan laju boleh pergi.

Lelisa Desisa adalah satu contoh terbaik sebagai seorang runner yang bermula mengikut tangga. Dari 10K, HM dan seterusnya FM.

DOB 14 January 1990

Catatan masa marathon,
2:04:45 (2013)

Langkah Seterusnya
https://www.iaaf.org/athletes/ethiopia/lelisa-desisa-250090

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *