Nike Breaking 2 : Pt 3 – Runner, Zersenay Tadese

cotterell_nike_breaker2_1348-1

“Marathon, bukan senang. Anda kena lari, menentang diri anda sendiri. Itulah cabarannya. Untuk habis bawah 2 jam, ia adalah sangat menarik – Zersenay Tadese”

Pemegang rekod HM terpantas dunia, Zersenay Tadese berasal dari Eritrea dimana ibu negaranya dinamakan “Asmara”. Catatan masa HM beliau, 58:23 adalah di Lisbon Half Marathon, tahun 2010.

Menurut Wiki, Zersenay tidak memecut pada saat-saat akhir untuk menang. Sebaliknya beliau mengamalkan larian efektif dan setting pace yang laju. Satu hal yang menarik tentang beliau adalah pada asalnya minat beliau adalah dalam bidang perbasikalan professional. Tetapi cita-cita untuk menjadi pro agak sukar kerana beliau biasa race basikal jarak pendek 30-50 KM berbanding jarak jauh yang sepatutnya lebih perlu di Eropah. Namun, tidak dia ketahui yang perbasikalan adalah permulaan dan asas untuk beliau mula cemerlang dalam endurance running.

DOB 8 February 1982, Adi Bana, Eritrea
1.60m x 56kg
Coach: Jeronimo Bravo

Catatan masa marathon,
2:10:41 (2012)

Langkah Seterusnya
https://www.iaaf.org/athletes/eritrea/zersenay-tadese-189002

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *